Setelah hampir tengah hari, susu getah dikutip dari sepokok ke sepokok, hingga memenuhi timba. Kemudian getah yang terkumpul di tuangkan ke takungan. Asid formik dituangkan lebih kurang sesudu dua ke takungan. Getah pun memekat tetapi anjal. Itu yang seronok apabila getah berbentuk empat segi yang membeku tepi sangat anjal itu di keluarkan dari takung ke atas lantai. Getah itu dipijak menjadi leper setebal antara 1.5 cm ke 2.5 cm. Kelebarannya tidak boleh melebihi kelebaran mesin penipis. Panjangnya mungkin sekitar 1 meter. Getah keping itu dibawa ke rumah seorang jiran yang memiliki mesin getah yang sepasang itu.
Getah yang sudah menjadi kepingan leper itu dimasukkan ke mesin penipis untuk menipiskan lagi dan meratakan permukaannya. Getah itu akan digelek dua kali di mesin penipis itu. Selepas itu kepingan getah itu dimasukkan pula ke mesin bunga yang akan menimbulkan kesan berjalur serong ke permukaan getah. Proses ini memutar besi penggelek yang membentuk jalur memerlukan tenaga yang banyak. Mahu putus urat perut dibuatnya. Ketika ini ketebalan getah hanya tinggal lebih kurang 0.5 cm. Kemudian getah itu akan dijemur. Apabila kering dalam tempoh sehari dua akulah yang akan menggulung getah itu, ikat di belakang basikal, untuk dijual di kedai Ah San. Orang kampung menyebut Ah San sebagai Hasan, dia pun suka akan panggilan itu. Hasan pun memang suka bergurau. Kadang-kadang aku pun ditimbangnya.
Dalam perjalanan balik, aku akan singgah di gerai ais kepal Ah Lee, dan makan rojak buah. Itulah upah membawa getah ke pekan untuk dijual. Aku tak ingat bilakah kali terakhir aku menggendong getah keping atau getah sekerap milik opah ke kedai "Hasan".
Tapi itu kisah di sekitar tahun 70-an. Kini, pokok getah semakin tua dan sudah bertahun-tahun tiada siapa yang menorehnya. Mesin getah yang ada pun sudah tidak lagi kelihatan, mungkin sudah dijual sebagai besi buruk. Kedai "Hasan" pun sudah lama dirobohkan, dan dia pun sudah lama mati. Kedai ais Ah Lee pun sudah lesap, sama waktu lesapnya dengan kedai si Hasan. Yang tinggal hanya kenangan aku, getah dan mesin getah.
kat mana kedai Ah Lee tu...dopan simpang jalan paku ke jalan Bruseh ke cik Aie?
ReplyDeleteDulu botol-botol bertontang dgn pintu masuk SK Bidor (yang lama).
ReplyDeleteSaya Mustafa Bin Abdul Rahman /Kampung Bagan Baharu ijok Selama Perak /dulu menoreh getah juga /era tahun 70an-89an /banyak meninggalkan kenangan pahit/ketika itu harga sekerap beku hanya 35sen-40sen per kilo/waktu itu untuk mencari sesuap nasi pun susah/apa lagi untuk kesekolah / selalu tercicir ke sekolah/tapi hasil berkhad usaha/dapat juga saya melanjutkan pelajaran hingga ke Universiti Utara Malaysia /kini saya bertugas sebagai Pegawai Kastam Kanan.Kini apabila balik kampung /selalu saya melihat mesin getah yang saya simpan .
ReplyDeleteHI , mesin getah licin ini ada lagi ?
ReplyDeletesaya nak beli mesin ini dengan harga tinggi . kalau ada contact saya
David 012-5831314
Wechat / whatsapp : 012-5831314
Weida Machinery adalah sebuah kilang mesin untuk barisan pengeluaran getah, jika yang menarik, sila hubungi dengan jualan 06@weida-machinery.com.cn atau + 86-13531091062
ReplyDeleteWeida Machinery adalah sebuah kilang mesin untuk barisan pengeluaran getah, jika yang menarik, sila hubungi dengan jualan 06@weida-machinery.com.cn atau + 86-13531091062
ReplyDelete