I
Harga pemacu cakera keras (hard disk drive/HDD) naik begitu mendadak, terutamanya HDD untuk desktop. Sebabnya pengeluaran HDD di kilang-kilang yang terletak di Thailand terjejas teruk kononnya. Itu kata penjual.
Enam bulan dulu aku beli 1TB (1 terabyte) cuma sekitar RM 180 di Ipoh. Kini untuk kapasiti yang sama penjual di Greentownmall, Ipoh minta RM 350.00. Melampau tu. Mahu tak mahu aku beli yang terpakai 320 GB pada harga RM 180.00. Bagiku itu sudah memadai untuk desktop yang keempat di rumah ini. Cukup satu anak satu desktop.
Ketika melayari web TMNet ada tawaran untuk manaiktaraf kelajuan broadband sehingga 4mbs. Aku terus memohon supaya kelajuan broadband di rumahku dipertingkatkan dari 1mbs ke 4mbs. Rupa-rupanya di Bidor kemudahan itu belum dapat disediakan. Habis tu dia iklankan buat apa?
II
Ipoh petang tadi dibasahi hujan lebat. Keadaan itu menjadikan Kompleks Yik Foong sesak dengan orang ramai yang tak dapat ke mana-mana. 80 peratus muka bukan "Made in Malaysia" . Rasa gementar bagaikan kita berada di negara orang pula. Kuredahi hujan dan kubawa kereta betul-betul di depan pintu ke kompleks itu untuk memudahkan anak isteriku masuk ke kereta. Aku cuba ke kompleks Jusco pula tetapi kereta terlalu padat sehinggakan tiada ruang untuk mencelah. Terus sahaja kuhalakan kereta ke lebuh raya .. terus ke Bidor.
Dan malam ini sudah lima enam kali aku terbersin. harap-harap aku tak dijangkiti selesema pula dek ditimpa hujan petang tadi..
Sunday, January 1, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment