Friday, January 30, 2009
Nak Buat Lagu Mana...
Baru(a) sat ni depa (TM) sambung wayar (kabel) hak bebudak dok potong hari Isnin tu. Nak buat lagu mana. Kita hak orang-orang kecik ni bayak la bil tu bulan bulan. Perkhidmatan tak dak. TM kata bukan salah kami salah depa. Sedara mara nak telepon rumah pun tak dapat. Bila jumpa depa marah.. amboi ai!!! hangpa makan angin sakan.. selalu tak dak rumah... Nak buat lagu mana... malaun dua tiga ekoq tu pakat potong wayar... Mmmm nak buat lagu mana..!!!
Monday, January 26, 2009
Gong Xi Fa Chai
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Chai. Sementara orang Cina merayakan Tahun Baru mereka, kita yang bukan Cina ini 'merayakan' cuti dan mungkin juga pakat ramai-ramai balik kampung. Pagi ini sahaja aku dah 2 kali ke bilik air. "Tu ada dua kotak lagi limau mandarin kat dapur tu.. habiskanlah"! isteri aku menggiat. Aku hanya mampu menyengih sebelum ke bilik air sekali lagi.
Saturday, January 17, 2009
Esok Ayah Beli
Petang tadi aku ke kedai bagi menggantikan keempat-empat tayar kereta Avanza, yang dah botak licin macam kepala seorang sahabat aku kat sekolah tu. Huh! Terbang RM 800. Itupun tayar paling murah kat kedai itu.Itulah duit terakhir yang ada dalam akaun aku...hu..hu.. Kata mereka 19.1.2009 gaji akan dibayar. Kalau betul lega sikit buat sementara.
Semasa makan malam tadi, Qayyum meminta supaya spoket motornya diganti. Hu..hu... esok ayah ganti kataku. Isteriku mengadu lampu brek Kancil terbakar. Esok saya ganti, kataku.
Amira pula minta supaya dibelikan kasut sukan (walaupun tak pernah dan tak mahir bersukan). Ok..nanti ayah beli kataku. Khaliq pula menuntut supaya dibelikan pen drive yang baru. Yang lama dihilangkan oleh Qayyum. Ok... esok ayah beli kataku. Azim menuntut dibelikan susu isian pekat manis.. Susu jenis itu jarang sekali kami gunakan dirumah. Walaupun murah aku masih bertanya untuk apa? Cikgu suruh bawa tin susu (kosong) ke sekolah katanya. Esok ayah beli kataku (dalam hatiku berkata, cikgu tu nak ajar buat panjut seperti zaman dulu ke?)
Sempat juga aku ke pejabat pos petang tadi menuntut duit rebat tunai motor yang digunakan oleh Qayyum itu. Esok, aku berharap duit sebanyak RM 150 cukup memenuhi permintaan anak-anak dan isteriku tersayang. Hu..hu.. 19 Januari kunanti hadirmu!

Hari Persekolahan Gantian
Pagi Sabtu tadi para pendidik dan anak didik SMK Sungkai bersekolah seperti biasa bagi menggantikan hari persekolahan yang dijadikan cuti tambahan sempena sambutan Tahun Baru Cina nanti. Tetapi sesi persekolahan hari ini diisi oleh larian merentas desa oleh para pelajar pada sebelah pagi. Tiada latihan awal.. tup!tup! lari. Habis acara, 9.45 pagi kelas jalan seperti biasa, tapi mood pelajar dan guru tak begitu menggalakkan, keletihan mungkin. Pihak pentadbiran pula tidak memotong seminit pun daripada setiap period.
Friday, January 16, 2009
Tertidur Sewaktu Khutbah di Baca
Seperti biasa aku ke Masjid al-Muhtadin Bidor untuk menunaikan fardu Jumaat. Aku tertidur sewaktu khatib membaca khutbah. Dan seperti biasa juga jika tiba giliran imam yang itu membaca khutbah, aku yakin ramai jemaah yang lain akan turut tertidur sama. Alahai Tuan Imam! ana fikir ente patut bersara saja... (Salahkan imam atau salahkan iman?)
Pelepah kelapa yang menyedari dirinya sudah tidak lagi berguna kepada pokok yang digayutinya akan terjun sendiri ke tanah untuk memberi ruang dan peluang kepada pelepah yang baru. Pelepah pisang sampai kering kutai masih juga ingin melekat pada batangnya.

Sebuah Catatan dari Dunia Burung: Yang Tersurat dan Tersirat
SAYEMBARA ‘SIAPA LEBIH HEBAT’ BURUNG-BURUNG KG CEGAR TAMBAHAN
ARENA: TANAH LAPANG DI DEPAN LOT 2349 DAN DI SEPANJANG JALURAN KABEL TNB DI ATASNYA
TARIKH: 15.1.2009 JAM 5.30 PETANG
PESERTA : BIRIT-BIRIT, PERLING, MERBAH, MERPATI, GEMBALA KERBAU, RUAK-RUAK, MERBUK, DAN TEKUKUR,
HAKIM JEMPUTAN : KETUA RUMAH LOT 2349
BIRIT-BIRIT:
MENYAMBAR LAJU BELALANG DARI ATAS WAYAR . TIGA KALI SAMBAR TIGA TIGA KALI BELALANG TERKULAI MULUT. MERBAH DI SEBELAHNYA NAMPAK MENCEBIK SEOLAH-OLEH MEMBISIKKAN KEPADA HAKIM YANG BELALANG-BELALANG TU SEBENARNYA TENGAH NAZAK DEK MAKAN PUCUK RUMPUT YANG DI RACUN ZUBIR PAGI TADI. APAPUN BIRIT-BIRIT MEMANG HEBAT WAKTU MENYAMBAR.
PERLING:
DENGAN BANGGA TERBANG LAJU KE TANAH, MENJENGUK-JENGUK DI BAWAH KULIT PISANG DI SITU KALAU-KALAU ADA ISI TERSISA. JELINGAN BURUNG INI TAJAM SEKALI KERANA MEMILIKI MATA MERAH , BERBULU HITAM. RENDAH SAHAJA MARKAH BURUNG INI.
MERBAH:
MEMAKAI CELAK YANG MELINTANGI MATA, BUKAN DI ATAS MATA. DI ATAS KEPALA NYA TERDAPAT JAMBUL YANG BOLEH TURUN NAIK. DADANYA BERWARNA KUNING. TERLALU BERHATI-HATI DALAM TINDAKAN. CUBA MENYAMBAR KELKATU TETAPI CUMA DAPAT SAYAP KELKATU ITU SAHAJA. POTONG MARKAH.
MERPATI:
PELBAGAI CORAK BULU BURUNG INI, TIDAK SAMA ANTARA SATU MERPATI DENGAN MERPATI YANG LAIN. PANDAI MENGGODA PASANGANNYA, BERPUSING-PUSING DIA BERAKSI TAPI PASANGAN ACUH TAK ACUH JE. DAPAT MARKAH BONUS KERANA BURUNG NI SETIA DENGAN PASANGANNYA. TETAPI SIAPA DAPAT MEMASTIKAN KESETIAANNYA ITU?
RUAK-RUAK:
BUAT BISING, KUAK! KUAK! TERGEDIK-GEDIK BERJALAN KERANA KEKURANGAN KEMAHIRAN TERBANG.
BERBANGGA DENGAN DAGINGNYA YANG ENAK JIKA DIGORENG. AWAS AKU BURUNG LARANGAN, JIKA AKU DITANGKAP KAMU JUGA AKAN DITANGKAP PIHAK BERKUASA KATANYA KEPADA HAKIM.
GEMBALA KERBAU:
OLEH KERANA TIADA KERBAU, MAKA BURUNG INI MENARIK DIRI DARIPADA PERSAINGAN INI.
TIBA-TIBA NGAUMAN SEBUAH LORI YANG MENAMBUNKAN PASIR KE TANAH SEBELAH MEROSAKKAN SUASANA. SEMUA BURUNG TERBANG BERCEMPERA ENTAH KE MANA. RUAK-RUAK TERHEGEH-HEGEH MENYELINAP KE CELAH-CELAH LALANG. TERKUKUR DAN MERBUK LANGSUNG TAK SEMPAT MEMPERAGAKAN KEHEBATAN MASING-MASING. DENGAN ITU YANG MENANG DAN YANG KALAH TIDAK DAPAT DI MUKTAMADKAN.

Wednesday, January 14, 2009
Petai Oh Petai
Sebut saja petai, maka terbayanglah pada aku masakan tumis petai ikan bilis, tumis petai udang, masak lemak petai ikan bilis, petai bakar, petai rebus, jeruk petai dan juga ulam petai. Sebut saja Bidor, maka di benak sesetengah orang dapat membayangkan raut wajah-wajah penjual petai di kaki-kaki lima pekan kecil itu. Semasa hayatnya ayah aku juga turut menjual petai tetapi setahu aku ayah lebih banyak rugi daripada untung. Kata orang petai Bidor lebih enak, dan aku mengiyakannya, bukan kerana memang petai Bidor lebih enak tetapi lebih kepada sentimen yang aku ini orang Bidor.
Semasa di MPB, KL sahabat-sahabat lebih gemar memanggil aku sebagai Petai, hanya kerana aku menjawab satu soalan daripada Chauhari Selamat (juruhebah RTM) yang bertanyakan apa yang istimewa di Bidor? Spontan aku jawab petai! Ketika itu aku menyertai rakaman rancangan Berbalas Pantun antara juruhebah RTM dengan MPB, dan aku menjadi salah seorang pemantun MPB. Satu dewan tertawa. Salah seorang pemantun dari RTM ialah Noraini Ibnu, pada masa itu dia belum berkahwin dengan Herman Tino. Ramai orang Bidor marah pada aku setelah rancangan itu disiarkan kerana buat malu nama Bidor. Petai memalukan?
Berbalik kepada petai. Tidak ramai orang mengenali pokok petai yang berdaun kecil tetapi mampu meninggi sehingga 75 meter di hutan. Batangnya terasnya sahaja sebesar sehingga 2 pemeluk orang dewasa. Buah petai biasanya terdapat di hujung-hujung dahan. Seharusnya kita menghargai pengorbanan si pemanjat petai, yang menyabung nyawa untuk membolehkan kita mengecapi kelazatan petai. Ramai juga antara mereka yang kecundang ke tanah. Kalau kita tidak mampu berdepan dengan pokok petai yang hebat itu, memadai kita (lebih mudah) membeli saja atau jika teringin juga menyahut cabaran memetik buah petai, carilah pokok petai belalang, 90% selamat untuk dipetik.
Pokok petai jarang terdapat di perkampungan (kecuali petai belalang). Orang tua-tua dahulu melarang petai di tanam di perkampungan, kerana dikatakan kampung berkenaan akan menjadi kampung tinggal. Betul tidaknya tak dapat dipastikan. Apa yang pasti, ramai generasi muda akan meninggalkan kampung untuk meneruskan kelangsungan hidup di tempat lain terutama di kota.
Apapun selepas makan petai beberapa perkara harus diambil kira:

- pastikan bilik air atau tandas disiram sebanyak mungkin air selepas membuang air kecil
- jangan bercakap terlalu hampir dengan orang lain
- jangan sendawa di hadapan orang lain kecuali orang itu juga baru lepas makan petai
- makan beras begitu sahaja (dalam jumlah sesudu kecil), nescaya dapat mengurangkan bau petai di mulut
Seperti pakar petai pula aku dalam posting ini.
Tumis petai ikan bilis yang isteri aku masak tengah hari tadi masih ada berbaki, jadi aku hendak makan nasi buat kali kedua malam ini.
Aku dan Filem Hindi Klasik
Setiap Selasa, 11.00 malam aku akan menonton gusti melalui saluran 811 Astro. Lantaklah orang kata aksi ahli-ahli gusti itu macam sudah dirancang terlebih dahulu, tapi aku tonton jugak. Tapi bukan itu fokus aku dalam posting yang ini tetapi pada cerita Hindi Klasik, Sanggam yang ditayangkan di saluran 808 tadi. Semasa aku di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah aku dah menonton pelbagai filem Hindi di pawagam. Pada masa itu majoriti orang kampung tidak memiliki TV di rumah, radio pun tak ada, oleh itu pawagam sentiasa penuh apabila ada tayangan filem Hindi, Melayu, Indonesia, Inggeris malah cerita Tamilpun ada orang Melayu tonton. (Cuma masjid sahaja yang tak pernah penuh-penuh kecuali pada waktu sembahyang Jumaat dan sembahyang hari raya.)
Apabila taraf ekonomi menjadi semakin baik, semakin ramailah masyarakat memiliki peti TV, dan memiliki set pemain video sekali. Kedai-kedai yang memberi kemudahan penyewaan filem-filem video tumbuh macam cendawan. Sekali gus hal ini menyumbang kepada penutupan satu demi satu pawagam di seluruh negara. Kali akhir aku menonton filem di pawagam ialah pada tahun 1984, filem Rambo.
Pada hari ini (setelah berusia hampir setengah abad) aku kehilangan minat menonton apa sahaja filem yang di tayangkan di kaca TV. Bagi aku, filem barat penuh dengan propaganda mereka, filem Hindi tak habis-habis dengan cinta terhalang antara hero dan heroinnya, cerita Melayu kadang-kadang lari daripada realiti kehidupan Melayu yang sebenarnya (mana Melayunya filem Melayu?).
Hmm dah jauh malam aku nak masuk tidur.

Tuesday, January 13, 2009
Mengenang Sahabat Lama Di Serambi
Petang ini cuaca cerah sekali. Ani, isteriku mengajar sebelah petang. Anak-anakku ke sekolah semula, Khaliq menjaga koperasi dan Amira ke pusat sumber. Azim seperti biasa, pasang TV, pasang dua-dua komputer, sampai tertidur. Qayyum dah balik semula ke Kuala Kangsar hari Ahad lalu. Selalunya aku tidur sekejap sebelah petang tapi hari ini mata tak mahu tidur.
Dengan secawan kopi di tangan, aku duduk di serambi rumahku yang menghadap ke gunung yang membiru. Indah sungguh hari ini, bisik hatiku.
Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pokok yang berhampiran. Lantas aku teringat akan seorang rakan seperjuangan semasa di Maktab Perguruan Bahasa (1981-1984) yang berasal dari Kelang. Ketika itu bilangan gagak yang banyak seolah-olah mampu menawan bandar Kelang. Nama sebenarnya Roslan, tetapi lebih dikenali sebagai Lan Gagak. Setiap kali Lan melintas di depan asrama 13 tingkat itu, secara spontan kami akan mengajuk bunyi gagak, ak... ak.. ak. (Maafkan aku Lan jika kautersinggung waktu itu).
Aku tidak pernah menemui Lan lagi selepas kami menamatkan pengajian di MPB pada tahun 1983. Kudengar dia kini bertugas di MCKK dan jadi antara orang penting di sekolah itu.
Seorang lagi teman semaktab yang selalu aku kenang ialah Abdul Rahman Kuchi, berasal dari Sarawak. Kami satu kumpulan dalam band maktab. Rahman bertindak sebagai pemain dram dan vokalis, sedangkan aku bermain gitar utama (tapi tak pandai pun). Ahli-ahli lain ialah Nasir Johan sebagai pemain keyboard, dan Jamal sebagai pemain bass. Seorang lagi vokalis yang tinggi nada suaranya ialah Abdul Mutalib. Aku pernah terserempak dengan Abdul Rahman di Kuching, tetapi yang lain tak pernah kujumpa lagi. Vokalis ketiga kami ialah Azir Ismail, cumanya dia junior setahun daripada kami. Suaranya cukup lunak. Azir ada juga kutemui tetapi kini sudah berhenti daripada menjadi guru, bisnes katanya.
Antara lagu yang sering kami persembahkan ketika itu ialah Bahagia dan Derita (BDB), Penantian (Suara Harmoni), Kelip-kelip Kusangka Api ( Malek Riduan ), Senyumlah Kuala Lumpur ( Alleycats) dan beberapa lagu 60-an serta banyak lagi. Penglibatan kami dalam muzik mendapat cemuhan daripada beberapa pihak terutamanya dari PPI. (Catatan 1: aku, Rahman, Azir, dan seorang lagi vokalis sambilan kami iaitu Tarmizi tidak pernah terlibat dalam apa yang dipanggil ketika itu “gerko malam” atau “gerko tangga” sedangkan ramai ahli PPI sendiri sering berdua-duan ke sana-sini).(Catatan 2: Aku dapat gred D tugasan Pengajian Islam, sedangkan markah aku boleh tahan, hanya kerana aku main muzik!)
Itu tinggal kenangan sahaja. Allah Maha Mengetahui.
Apapun dalam usia yang hampir setengah abad ini peristiwa-peristiwa lama itu masih jelas dalam ingatan. Melalui coretan peribadi ini kuiringkan doa agar aku dan teman-temanku sama ada yang lama atau yang baru sentiasa dipelihara Allah akan kesejahteraan dan dikurniakan-Nya segala perlindungan daripada apa jua musibah yang mendatang.

Antara Pencuri Kabel, TM dan Aku II
Arakian, seperti yang aku duga, kabel telefon ke perkampungan tersusun ini dipotong oranglah pada dinihari Ahad lalu. Maka terputuslah segala hubungan melalui internet dan telefon bergagang di rumahku itu. Syahadan pihak TM pun menyambung semula kabel itu pagi tadi. Berapa lamalah agaknya kabel itu akan teregang di tiang itu untuk kali ini, tak siapa dapat memberi jawapan. Mungkin malam nanti tempoh hayatnya akan tiba.
Hatta begitulah adanya, potong -sambung, potong-sambung ini sudah menjadi lumrah mingguan di kawasan ini. Anehnya tak ada langkah-langkah pencegahan yang dilakukan oleh pihak TM untuk mengatasi masalah ini. Tidak terfikirkah mereka untuk melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini.
Maka tertanya-tanyalah kami, apakah hal ini ada main kenyit-kenyit mata antara sipencuri dengan sikontraktor yang menyambung kabel? Melulu sungguh tuduhan itu tetapi apakah mungkin perkara itu tidak mungkin terjadi??? Yang pasti aku juga yang rugi... bil perlu dibayar dalam tempohnya. Bagi pihak TM sekadar nak sambung kabel tak jadi kudis pun, sebab dia kaya......

Sunday, January 11, 2009
Tugas Di Setiap Tahun Baru Kalendar Persekolahan
Sekali guru, selamanya guru. Hari Jumaat lepas aku telah selesai menyediakan jadual waktu baru untuk SMK Sungkai iaitu kedua yang disiapkan untuk tahun ini. Aku sudah memagang jawatan guru jadual waktu sejak tahun 1992 lagi. Sebagai guru diberi tanggungjawab menyediakan jadual waktu setiap awal tahun dan setiap kali berlaku perubahan keluar masuk guru, aku sudah masak dengan kerenah guru-guru berkaitan jadual waktu ini. Aku sudah lali.
Menyediakan jadual waktu sekolah beberapa tahun-tahun kebelakangan ini dikira mudah kerana adanya bantuan komputer dan software-software yang berkaitan dengan jadual waktu. Lama sebelum itu membina jadual secara manual menjadi amalan. Setiap guru diwakili oleh cip berwarna dengan bentuk-bentuk tertentu. Cip-cip tersebut disusun di papan yang berpaku dengan memastikan tidak berlaku pertindihan waktu. Untuk menyiapkan jadual, mengambil masa lebih satu minggu.
Dalam penyediaan jadual waktu, untuk memuaskan hati semua pihak tidak mungkin dapat aku lakukan. Arahan daripada pihak pentadbiran berkaitan jadual waktu pun kadang-kadang aku abaikan atas sebab-sebab tertentu.
Untuk kawan-kawan seperjuangan, Selamat mengajar dan mendidik anak bangsa.

Saturday, January 10, 2009
Antara Pencuri Kabel Telekom, TM, dan Aku
Ayooo... Lebih seminggu aku tak dapat menjenguk blog aku ni di rumah. Mana tidak, kabel telefon ke kampung aku di potong pencuri kabel. Bermakna tak adalah perkhidmatan internet kat tempat aku ni. Bulan lepas tiga kali kabel dipotong, petang hari ni sambung, malam nanti dia potong balik. Tergamak sang pencuri berhati kering tu menyusahkan aku dan penduduk kampung yang lain. Yang hairannya, pencuri tu potong (maksud aku kabel) ditempat yang sama setiap kali. Tak ada inisiatif pihak yang berkuasa untuk memantau kat situ.
Pada malam minggu lalu depa potong, tapi kali ni hanya disambung pada pagi Sabtu tadi. Seminggu baru telekom sambung. Bila kita buat aduan, kami akan sambung dalam masa 24 jam kata telefonis tu. Mujur perempuan kalau jantan naya aku maki, tapi dia bukannya tau. Yang lebih hairannya kata pihak telekom, hanya tiga rumah yang terlibat, pada hal yang terlibat satu kampung, lemah betul pangkalan data telekom ni. Tapi tentang kutip duit dia tak lemah.
Satu kali tu aku buat aduan, aku kata, sang pencuri sudah melaksanakan tugas-tugas mencuri (kabel), aku sudah melaksanakan tugas membayar bil, malangnya pihak telekom tidak langsung melaksanakan tanggungjawab menyediakan perkhidmatan, menyambung semula kabel yang dipotong sang pencuri. Jadi lebih teruk pihak telekom daripada pencuri tu. Memang aku emosional sikit tentang hal ni.
Aku tak pasti berapa lamakah usia apakah kabel yang disambung oleh kontraktor telekom pagi tadi akan bertahan. Mungkin esok kejadian kabel dipotong akan berulang lagi....

Sunday, January 4, 2009
DIALEK: ANTARA RAWA, PERAK, UTARA, DAN KAMPAR
Di Perak, setahu aku etnik Rawa tersebar dari Gopeng hingga ke Tanjung Malim. Mereka berhijrah dari Sumatera ke Tanah Melayu dalam abad ke-18 atas sebab-sebab tertentu yang aku sendiri tak pasti.
Orang utara (Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak Utara) juga tak kurang yang merantau hingga ke Perak Selatan mungkin kerana bekerja, berniaga dan sebagainya. Orang Kampar pula berhijrah ke Tanah Melayu dari Sumatera dan tentunya mereka juga yang paling awal meneroka daerah Kampar Perak. Di Perak, etnik Kampar banyak terdapat di Slim River dan Tanjung Malim.
Aku diberitahu bahawa datuk sebelah ayah (yang tak pernah kutemui) berasal dari Rantau Panjang, Kelantan, manakala nenek sebelah ayah aku orang Kedah. Ayah aku pula dilahirkan dan dibesarkan di Kedah. Kemudian ayah masuk S.C. dan dihantar ke Bidor, Perak dalam tahun 1950. Ayah tak pernah balik ke Kedah selepas itu sehinggalah meninggal dunia pada Mac 2008. Selama lebih 50 tahun tinggal di Perak, dialek utara ayah tak pernah hilang walaupun sedikit longgar.
Aku juga dikhabarkan bahawa datuk sebelah ibu adalah orang Rawa yang merupakan generasi kedua perantau dari Sumatera. Begitu juga dengan opah (nenek).
Selain kelompok di atas, tentunya terdapat etnik-etnik serumpun yang lain seperti orang Perak, Jawa, Banjar, Mendailing dan kelompok Melayu yang mereka tak tahu apa etnik mereka sendiri, janji Melayu. Di kebanyakan tempat di Perak , dialek Perak (dialek Kuala Kangsar) digunakan dengan meluas ketika berhubungan antara etnik-etnik yang berbeza.
Dalam keluarga aku, ketika berbual kami menggunakan dialek Rawa. Cuma ayah sahaja yang bertutur dalam dialek Kedah. Tapi ayah boleh memahami dengan baik dialek Rawa yang kami tuturkan. Dialek Rawa yang kami gunakan bukanlah 100 peratus asli, mungkin sekitar 40-50 peratus sahaja. Selebihnya merupakan dialek Perak yang di Rawakan. Perkataan opah yang aku gunakan untuk memanggil nenek sebelah ibuku itu merupakan perkataan dari dialek Perak. Sepatutnya aku menggunakan perkataan uci iaitu dialek Rawa yang bermaksud nenek.
Ketika bermain dengan kawan-kawan di Jalan Paku, kami selesa menggunakan dialek Rawa kerana sebahagian besar orang Jalan Paku Bidor dari etnik Rawa. Apabila aku bergaul dengan kawan-kawan dari kampung-kampung lain, secara sendirinya aku menuturkan dialek Perak .
Isteriku berasal dari Ulu Bernam Selangor. Dia anak etnik Kampar jati. Jadi dalam menempuh hidup seharian, telinga aku ditusuk dengan pelbagai dialek dan bahasa, berbaur antara dialek-dialek Perak, Rawa, Kampar, Kedah, Bahasa Melayu yang rasmi, Inggeris selain bahasa-bahasa yang tak difahami seperti bahasa Cina (walaupun aku bersekolah di sekolah Cina), Tamil, Jawa, Banjar, Benggali, Hindi, Vietnam dsbnya.
Bercakap(menulis) tentang dailek dan bahasa yang digunakan oleh generasi selepas ini... Anak-anakku, anak-anak saudara aku, dan anak-anak saudara sebelah isteri aku, tak seorangpun dapat menuturkan sama ada dialek Rawa, Kampar mahupun Perak walaupun mereka dapat memahaminya. Mereka lebih selesa menggunakan Bahasa Melayu yang standard. Pada pendapat peribadiku, bahasa dialek akan pupus sepenuhnya selepasgenerasi yang akan mamanggilku sebagai datuk dan isteriku sebagai nenek.

BELAJAR DAN BELAJAR MENJADI DEWASA
Selepas tamat darjah enam di SK Bidor, aku bersama 10 orang lagi pelajar Melayu sekelas masuk ke SMJK Choong Hua Bidor pada tahun 1973, kerana kami memilih aliran Inggeris dan terpaksa belajar dalam Remove Class selama setahun. Di situ aku dapat ramai kawan kaum Cina. Sehingga sampai satu ketika aku malas nak mandi pagi! Setelah lulus LCE (Lower Cerificate of Education @ Sijil Rendah Pelajaran )aku menyambung pelajaran ke SMK Syeikh Abdul Ghani Bidor dalam Tingkatan Empat.
Setelah berjaya memperoleh keputusan yang baik ( 1st grade le tu) dalam MCE aku sambung sekolah lagi ke SMK Buyong Adil Tapah. Rakan-rakan yang tertinggal mula mencari kerja.. maklumlah waktu tu senang dapat kerja. Sesekali mereka datang menjenguk aku di rumah dgn menaiki motor yang paling popular ketika itu, Scrambler. Fuhhhh... terpaku aku. Sedangkan aku masih lagi berpakaian sekolah , pagi-pagi naik bas ke Tapah. Mulalah aku acuh tak acuh dalam belajar ni..Dalam kelas aku selalu tidur.Sampai ada seorang guru tu (tak perlu sebut namanya kerana dia hidup lagi) memanggil aku muka perogol, hanya kerana aku mengantuk ketika belajar ekonomi. . Apa kaitan antara tidur dengan rogol aku tak pasti. Dalam hati kecil aku berkata, kalau gitu lebih baik kau jauhi anak bini kau daripada aku).
Apabila keputusan HSC/STP diumumkan, aduh, nak pitam aku, aku lulus sijil penuh tapi cukup-cukup makan. Gerenti tak dapat masuk U punya! Nasib baik kesedihan aku terubat juga sedikit kerana ditawarkan ke Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur, pusat pengajian yang paling tinggi sehingga mengalahkan Universiti Malaya yang terletak bersebelahan, hanya kerana ia terletak di atas bukit. Setiap kali pelajar baru mendaftarkan diri abang senior mengarahkan supaya anak-anak tangga yang dibina untuk mendaki bukit itu di hitung...
Habis belajar di MPB aku dihantar bertugas ke SMK Dato’ Permaisuri , Miri Sarawak. Awal Januari 1984 aku pun memijakkan kaki buat pertama kali dalam kapal terbang dan 1 ½ jam selepas itu aku memijakkan kaki di bumi Sarawak, untuk lebih tepat, di Kuching buat kali pertama. Dua hari lepas tu naik belon (sebutan orang Sarawak bagi kapal terbang) lagi untuk ke Miri. Aku mula belajar erti berdikari dan erti rindu serindu-rindunya kepada ibu, ayah, adik beradik dan pada........... di kampung.
Apapun saat itu aku perlu menjadi orang dewasa...yang bergelar Cikgu.

Saturday, January 3, 2009
AWAN DAN ANGIN
Catatan Sewaktu Kecilku
Aku dilahirkan di rumah opah (nenek) di Kampung Jalan Paku Bidor ( tayar kereta anda dijamin tidak bocor jika datang ke kampung ini) yang berlatarkan kebun getah di belakang dan perkuburan Cina di hadapannya. Rumah emak dan ayah terletak di Kampung Jalan Sungkai (kini Kampung Cegar). Aku lebih suka tinggal dengan opah mungkin kerana manjanya lebih agaknya. Satu-satunya kawasan yang lapang di kampung itu ialah perkuburan Cina itulah.
Dengan ketiadaan bekalan air paip dan sungai pun tidak kedapatan di kampung ini, untuk mandi kami terpaksa ke sebuah kolam air semula jadi yang cetek, terhasil daripada mata air yang keluar dari bawah perdu pohonan buluh. Airnya amat jernih, dingin dan menyegarkan. Kami terpaksa menuruni lembah di tepi perkuburan Cina itu barulah sampai ke kolam itu. Dikelilingi pokok-pokok getah dan belukar, aku jarang mandi di kolam itu bersendirian, dek takut hantu Cina yang tak pernah muncul pun!
Sebagai anak-anak kecil di kampung itu kami bermain congkak biji getah, main perang biji getah, bertanding memanjat pokok getah, pendek kata segala-galanya getah. Sesekali kami mencuri-curi pergi kawasan air terjun Lubuk Degung yang amat mempesonakan pandangan kami... tapi kami hanya mandi di kawasan paling cetek kerana tiada seorang pun antara kami yang pandai berenang (sampai ke saat ini pun).
Satu ketika musim bermain layang-layang pun tiba. Apa lagi berlumba-lumbalah kami membuat layang-layang sendiri. Apa susahnya, buluh ada di mana-mana di Kampung Jalan Paku. (Catatan: jangan harap nak dicari sekarang, semuanya mati sendiri!). Oleh kerana keadaan hidup yang amat sederhana, layang-layang kami kebanyakannya berkertaskan surat khabar. Itupun dengan mengebas suratkhabar cikgu kat sekolah.. Tapi benang? Tak sukar kerana pandai-pandailah mencari dalam mesin jahit usang opah. Selesai masalah nak menyediakan keperluan untuk bermain layang-layang. Tiba-tiba baru sedar ada masalah lain... tempat lapang semuanya dipenuhi pokok-pokok getah yang seolah-olah melambai ke awan. Angin pun tak cukup kuat untuk menaikkan layang-layang.
Tiada pilihan, kawasan perkuburan Cina itulah tempat yang paling sesuai, lapang dan berangin. Ketepikan rasa takut kerana desakan hati untuk menaikkan layang-layang yang buluhnya diraut sendiri, kertas suratkhabar pun dikebas sendiri, gam kanji pun dibuat sendiri (tak pasti sama ada generasi muda sekarang tahu membuat gam kanji?). Layang-layang pun bermain angin, berlatarkan awan yang memutih di langit. Indahnya perasaan ketika itu, walaupun kulit dibakar matahari. Tiba-tiba angin mati, layang-layang turun tersipu-sipu sendiri. Cis! Kalaulah boleh aku nak merantai angin supaya bertiup di kawasan perkuburan Cina itu sentiasa supaya layang-layangku dapat menggapai awan.

Subscribe to:
Posts (Atom)