Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Saturday, January 17, 2009

Esok Ayah Beli

Petang tadi aku ke kedai bagi menggantikan keempat-empat tayar kereta Avanza, yang dah botak licin macam kepala seorang sahabat aku kat sekolah tu. Huh! Terbang RM 800. Itupun tayar paling murah kat kedai itu.Itulah duit terakhir yang ada dalam akaun aku...hu..hu.. Kata mereka 19.1.2009 gaji akan dibayar. Kalau betul lega sikit buat sementara.
Semasa makan malam tadi, Qayyum meminta supaya spoket motornya diganti. Hu..hu... esok ayah ganti kataku. Isteriku mengadu lampu brek Kancil terbakar. Esok saya ganti, kataku.
Amira pula minta supaya dibelikan kasut sukan (walaupun tak pernah dan tak mahir bersukan). Ok..nanti ayah beli kataku. Khaliq pula menuntut supaya dibelikan pen drive yang baru. Yang lama dihilangkan oleh Qayyum. Ok... esok ayah beli kataku. Azim menuntut dibelikan susu isian pekat manis.. Susu jenis itu jarang sekali kami gunakan dirumah. Walaupun murah aku masih bertanya untuk apa? Cikgu suruh bawa tin susu (kosong) ke sekolah katanya. Esok ayah beli kataku (dalam hatiku berkata, cikgu tu nak ajar buat panjut seperti zaman dulu ke?)
Sempat juga aku ke pejabat pos petang tadi menuntut duit rebat tunai motor yang digunakan oleh Qayyum itu. Esok, aku berharap duit sebanyak RM 150 cukup memenuhi permintaan anak-anak dan isteriku tersayang. Hu..hu.. 19 Januari kunanti hadirmu!

1 comment: