Lokasi: Arked Mara, Bidor, Perak
Tarikh buka : dah buka pun baru-baru ini.
Sambutan: Dari luar nampak ramai kat dalam (aku belum masuk lagi..)
Demi nak mewujudkan Kedai 1 Malaysia di Arked Mara, banyak kedai terpaksalah dikorbankan. Aku tak tahu di mana mereka berniaga kini. Dengar khabarnya, jika nak berniaga juga kena pindah tingkat atas yang terbiar, tersorok, muram, suram dan tak siapa nak panjat tangga curam tu. Aku pasti tiada siapa yang berani melaburkan modal mereka untuk berniaga di tingkat atas itu kerana sudah puluhan peniaga yang gulung tikar kat atas tu.
Aku menyokong penubuhan kedai 1 Malaysia itu, jika ia benar-benar memberi manfaat kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Sayangnya, mereka yang merancang pembukaannya tidak mengkaji situasi dan kondisi arked Mara itu. Barangkali yang merancang susun aturnya bukan orang tempatan yang tentunya tidak menyedari suasana sekeliling. Kedudukan pintu kedai itu yang menghala ke jalan besar disangka akan menarik pembeli tetapi itulah satu hari nanti akan memalapkannya. Tidakkan mereka sedar bahawa semua kedai barang runcit di kawasan itu memindahkan pintu masuk mereka ke bahagian belakang kerana di bahagian hadapan tiada ruang untuk meletakkan kenderaan. Sementelahan pula pintu di bahagian belakang hampir sangat dengan pasar, bermaksud pelanggan tidak perlu berjalan jauh untuk membeli ikan, udang, sayur dan barang-barang runcit sepeti beras, gula dan lain-lain. Semuanya berhampiran. Tempat letak kenderaan pun banyak, merata-rata.
Dari pasar, jika seseorang hendak ke Kedai 1 Malaysia itu, dia terpaksa membuat pusingan yang agak jauh juga, jika berkereta atau bermotosikal bolehlah (tapi nak letak kenderaan kat mana?). Bagaimana pula dengan yang berbasikal atau yang berjalan? Jika purata harga barang kurang 10 sen sahaja lebih baik sahaja beli di kedai runcit yang berhampiran pasar. Sayang kedai 1 Malaysia yang bahagian belakangnya hanya 5 meter dari pasar tetapi untuk ke pintu masuknya kena bergerak lebih 200 M dari situ. Tiada pula dibina pintu masuk dari belakang.
Aku turut membilang.. ada 5 buah alat pendingin hawa yang besar-besar dan 5 buah juga penyedut haba .. boleh tahan juga bil elektriknya nanti. Tak apalah demi keselesaan pelanggan agaknya. Kedai Maniam tu tak ada kipas pun tetapi tak menang tangan "ane" tu melayan pelanggannya.
Sesuatu harus dilakukan untuk membetulkan keadaan sebelum terlambat..
Sunday, December 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment