Aku ke kebun lagi menjengah durian. Seawal 7.30 pagi aku telah pun berada di luar kebun itu. Lucu juga melihat ada hamba Allah yang lari lintang pukang apabila ternampak kelibatku di kebun itu. Hmm, aku ingat aku sudah terlebih awal, rupa-rupanya ada orang lain yang lebih awal rupanya. Kerbau memang ada tetapi mungkin kerana aku sudah selalu ada di situ binatang itu buat tak kisah sahaja. Mungkin kerana bau badanku sudah dikenalinya atau sudah sama sahaja bau badanku macam bau mereka?
Bukan tentang durian atau kerbau yang ingin kukisahkan tetapi tentang Sungai Bidor dan Sungai Gedung.
Di hujung kebun durian dan cempedak tinggalan ayah ini terletaknya kuala yang menemukan Sungai Gedung dengan Sungai Bidor. Di situlah penamat Sungai Gedung, kerana selepas itu sungai seterusnya di kenali dengan nama Sungai Bidor sahaja. Dan kebun itu terletak di tengah-tengah antara Sungai Bidor dan Sungai Gedung itulah. Orang tempatan lebih mengenali Sungai Gedung sebagai Sungai Gedang. Orang Rawa menyebutnya Sungai Godang (besar).
Air Sungai Gedung lebih jernih daripada air Sungai Bidor. Dari hulun, sungai ini merentasi kampung Petalin, Simpang Tiga, dan Kampung Padang sebelum bertemu dengan Sungai Bidor di pinggir Kampung Cegar. Sungai Bidor pula dari hulunya di gunung; bertemu entah berapa banyak anak sungai lagi, merentasi Kuala Gepai, Jalan Bruseh, pekan Bidor, Kampung Masjid, Kampung Cegar, Jeram Mengkuang dan seterusnya ke kualanya di Teluk Intan yang bertemu dengan Sungai Perak.
Semalam aku berdiri lama di tepi Sungai Bidor, mengenang kembali keseronokan mandi, berendam dan berkubang di dalamnya bersama rakan-rakan sebaya. Meriah sungguh sungai itu dahulu. Kaum ibu membasuh kain, kanak-kanak dan orang muda mandi sambil mengail atau menembak* ikan. Lelaki dewasa menerangkan pinggir sungai itu untuk berkebun jagung dan menanam sayur-sayuran. Dan kebun durian ayah itu asalnya adalah kebun jagung. Lamunanku terhenti apabila terdengar suara kanak-kanak bergelak ketawa di seberang sana Sungai Gedung.
Aku ke pinggir Sungai Gedung pula untuk melihat budak-budak itu mandi, seperti kami juga dulu. Segera aku teringat akan kawan-kawan yang suatu ketika dulu bermain-main di tepi sungai itu. Di sungai inilah aku, Umar, Zainal, Sahak, Komi, Azahari dan ramai lagi main perang tanah liat, menangkap anak ikan, mencari ketam batu, mengejar ular air dan sebagainya. Sesekali menunggu buaya di tempat yang biasa ia terlihat, namun tak pernahpun jumpa.
Sebelum pulang sengaja kubiarkan tiga empat biji durian tidak dipungut kerana aku tahu selepas bermain air perut akan lapar. Pasti ada budak-budak yang merayau ke pokok durian yang berhampiran.. tak apalah jika mereka makan sebiji dua. Macam juga kami dulu, apabila lapar, pucuk pokok jambu di tepi-tepi sungai itupun habis kami sapu. Bagi yang lebih berani, kebun sengkuang Cina yang berhampiran pun dikorek.
* Menembak ikan: Memanah ikan.
Friday, December 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bang aji!!!!! nak durian.... hehe....
ReplyDeleteDatang rumah.. banyak tu tidaklah tetapi dalam seminggu ni habis kot..
ReplyDeletesilap la plak lambek tanyo? esey udah nak balik n9 pg sok(10/12/11)sampai 19/12/11 bang aji oi!!!!tolong la simpan tempoyak yo la sebalang godang!!! boleh ko bang aji???? kehkehkeh.....TQ
ReplyDeletenangko ko compodak tu cik Aie...elok lah tanam compodak...mano tahu jadi nangko...
ReplyDeleteCompodak .. nangko ada 2 pokok tapi tak peronah dapek buah.. lopeh ke kerobau..
ReplyDeleteMail: Maaflah aku tak buek tempuyak .. makruh .. he.. he...
ReplyDeleteAslmkm..ade cempedak untuk di pasarkn tak..saya nak borong..boleh tinggalkn no.contact untuk saya hubungi...?
ReplyDelete