Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Saturday, December 3, 2011

Wang Bantuan Persekolahan RM100.00

 I
Anak aku pun dapat. Anak menteri pun dapat. Anak nelayan pun dapat. Anak Samy, anak Ah Choong, anak Bah Kipong, anak Wak Sumarno semua dapat. Menteri siap pesan, sekolah jangan cuba potong-potong untuk apa-apa bayaran yang belum dijelaskan oleh pelajar sebelum ini. Duit itu ibu bapa yang ambil bagi pihak anak.
Ibu bapa juga turut diperingatkan bahawa duit tu duit anak-anak.. jangan cuba nak "cilok-cilok".

II
Ada suatu keluarga orang kenamaan diberi bentuan wang lembut "yang amat banyak"; kemudian disuruh jaga lembu supaya bekalan daging negara terjamin, tetapi telah membeli benda-benda lain atas alasan beli benda lain itu lebih untung daripada berniaga lembu. Mereka itu dikira pula sebagai "tidak melakukan pecah amanah"!
(Wang lembut??? Bagi habis dulu, perjanjian buat kemudian.)

III
Mengambil kira situasi ke II , jika Bah Kipong atau Wak Sumarno menggunakan juga wang bantuan persekolahan RM100.00 anak-anak mereka untuk membeli beras, susu atau apa jua keperluan keluarga, adakah mereka akan dikira sebagai pecah amanah ??


2 comments:

  1. duit bolo @ bela lombu kono songlap...buat laporan polis lah cik Aie..hehehehe...

    ReplyDelete
  2. Ada sesetengah perkara, keyakinan terhadap integriti penguatkuasa juga cukup goyang..

    ReplyDelete