Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Tuesday, June 7, 2011

Kucing vs Kucing

Kucing jantan suka berkelahi berebut pasangan.. Itu biasa. Tapi yang tak tahan sebelum berkelahi, kucing-kucing tu akan "berbalas pantun". Kadang-kadang tu separuh malam berbalas pantun, lawan ngiau siapa yang paling kuat.. ekor dah kembang, kepala dah bertemu kepala, bergomol tidak juga.. Bahaya jika cuba dileraikan dengan tangan kosong. Satu cara yang paling berkesan, siram sahaja dengan air.

Monday, June 6, 2011

Video Kenangan di Maktab Perguruan Bahasa (1981-1983)

Entah apa alasan Facebook menghalang aku drp mengupload video yang aku buat sendiri menggunakan gambar-gambar drp simpanan aku sendiri.. Katanya berkaitan dgn copyright .. Tak dapat kat FB aku upload kat sini .. video kenangan di MPB 1981-1983
..