Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Thursday, July 28, 2011

Catatan Dinihari

I
Begitu lamanya tidak mencatat apa-apa di ruangan sesawang yang dah pun bersawang ini. Sindrom tangguh-tangguh datang menguasai diri.. apabila keinginan untuk menulis tiba, cerita sudahpun membasi sendiri.. lalu terbiar lagi ruangan ini. Di hujung-hujung Julai 2011 ini, semarak Ramadan sudah mula mengetuk pintu hati umat Islam sedunia.. dan adakah mustahil tidak lama lagi 'pesta makan-makan" akan bermula???? Satu persoalan lagi.. Barang keperluan apa yang akan berkurangan dalam pasaran sepanjang bulan perayaan ini??? Minyak masak? Gula? Tepung? Kelapa? Bawang? .. nantikan saja.

II
Tahniah diucapkan kepada barisan pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK Sungkai sesi 2009-2010 yang berjaya mendapat tawaran memasuki IPTA. Kejayaan anda semua adalah atas usaha kalian sendiri. Guru-guru hanya membantu sahaja. Dan kami tumpang berbangga.

III
Cakap tentang kerja. Begitu banyaknya program peringkat daerah dan negeri yang berlangsung di minggu-minggu akhir Julai ini. Maklumlah sepanjang Ogos umat Islam berpuasa. Sukan Tingkatan 6 (Slim River), Seminar Tingkatan 6 (Ipoh), Seminar Pengajian Am (Batu Gajah). Itu tak termasuk program di peringkat sekolah. Apapun dah tugas.. kenalah buat/terlibat..

IV
Dah hampir 2.00 pagi.. kopi yang dihirup menjadi penongkat pelupuk mata.. Di kala aku masih menatap skrin komputer ini, isteriku di dapur entah apa dilakukannya.. kelentung-kelentang pinggan dan periuk.. barangkali mengemas.. Dan sebelum periuk atau pinggan tu sesat terbang ke kepalaku, aku harus berhenti di sini dahulu... Adios.