Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Monday, January 31, 2011

Oh Lembapnya Streamyx ..

Sebutlah sahaja pembekal prkhidmatan internet .. Streamyx, Celcom, Maxis, P1 Wimax,Digi..dsbnya.. Semuanya indah khabar daripada rupa. Pada peringkat awal perkhidmatan streamyx, ianya cukup memuaskan.. tetapi akhir-akhir ini serupa TAHI. Dalam sebulan kebelakangan ini ianya bertambah perlahan. Usahlah bercakap tentang nak pakai Celcom, Maxis, Digi di kawasan jauh daripada bandar, jauh lebih teruk.

Tetapi kita hanya pengguna kecil. Siapakah yang hendak mendengar keluhan dan aduan kita. Jika pengguna mengadu kepada pihak Maxis/Celcom, pengendali berkenaan akan mengtakan, oh saya rasa "setting" anda tak betul agaknya.. Macamlah pengguna ini bodoh biul tentang penggunaan komputer.

Tetapi ketika mengiklankan, tiada siapa lagi yang dapat menandingi kepatantasan perkhidmatan internet mereka. Sudahlah bayaran langganan agak tinggi tetapi rata-rata pengguna luar bandar akan mengeluh mengenai masalah yang sama....

MALAYSIA BOLEH!

Wednesday, January 26, 2011

Antara Protokol dan Prokontol

Dalam satu organisasi kecil seperti sekolah sekalipun isu protokol tidak boleh di kesampingkan begitu sahaja, terutamanya ketika sesuatu acara rasmi sedang dilangsungkan. Ketika itulah para pelajar dilatih untuk mengendalikan majlis supaya berjalan dengan lancar dan sempurna. Setiap ucapan oleh para guru dan pelajar perlulah terlebih dahulu menujukan rasa hormat kepada barisan kepimpinan sekolah dan kepada tetamu jika ada, kepada guru-guru dan kepada para pelajar mengikut hiraki yang telah ditentukan. Semua itu dilakukan tidak lain dan tidak bukan untuk mewujudkan rasa hormat dan membentuk sikap bersopan santun di kalangan pelajar mahupun guru-guru.

Sedang Tuan Pengetua sekalipun mematuhi perkara ini, ada juga pihak yang sudah lama berada di barisan kepimpinan yang bersikap kurang matang, mengenepikan protokol mengikut seleranya sendiri. Keadaan ini menampakkan yang berkenaan itu seperti kata budak-budak sekarang "syok sendiri". Acara rasmi yang sepatutnya diisi dengan nasihat dan panduan kepada anak-anak didik, akhirnya diisi dengan cerita-cerita peribadinya. Sampaikan mendapat panggilan telefon daripada seseorangpun habis diceritakan. Akhirnya protokol bertukar menjai prokontol.. (maaf sedikit lucah..).

Kata orang tua-tua, ular menyusur akar tak hilang bisanya .. oleh itu fikir-fikirkanlah.

Mujurlah Dia Bukan Isteriku

Entah mengapa, 'getik' benar aku melihat perempuan yang seorang ini. Agaknya, begitulah 'getik'nya orang melihat aku. Lagaknya, pergaulannya, caranya, entah apa lagi yang dipamerkannya, ditunjuknya, digayanya, bagiku menimbulkan rasa meluat yang begitu ketara di hatiku. Dia tak pernahpun berdosa kepadaku.. dan tak pernahpun dia mengenali aku .. tapi aku, ya aku yang benci sendiri.

Setiap kali dia muncul di TV segera aku menukarkan saluran. Menyampah benar rasanya aku kepadanya. Terasa benar kesesiaan beberapa ratus ringgit yang kubayar untuk melangsaikan cukai pendapatanku yang takpun seberapa itu, jika ada terselit satu sen sekalipun daripadanya digunakan untuk membiayainya apa saja urusannya sama ada di dalam maupun di luar negara.

Ya Allah, bilakah semua ini akan berakhir??

Sunday, January 23, 2011

Ikut Isteri Ke Pasar..

Ahad, 23 Jan 2011 .. 7.00 pagi.. Pagi ini aku mengikut isteri ke pasar. Lama juga rasanya aku tak berbuat demikian. Kali ini aku menemaninya kerana suasana di pasar, sibuknya sudah menjadi luar biasa, berikutan banyak gerai sementara yang didirikan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi. Pemandu yang berpengalaman saja yang dapat meloloskan kenderaan mereka di celah-celah kesibukan sebegitu.

Satu perkembangan yang positif yang aku nampak ialah semakin bertambahnya peniaga Melayu yang membuka gerai di dalam pasar, menjual ikan, ayam, santan, barang-barang runcit, sayur-sayuran dan berbagai-bagai lagi. Seperkara lagi ialah apabila pelanggan kaum Cina turut membeli barang-barang keperluan dapur daripada peniaga Melayu sedangkan gerai-gerai kaum Cina banyak di situ.

Cuma, entah bila agaknya para peniaga di pasar-pasar di negara kita akan mengutamakan kebersihan gerai-gerai mereka.

Saturday, January 22, 2011

Hinggap Seketika

Begitu lamanya kutinggalkan
sarang karangan
catatan seribu kenangan
coretan tentang perasaan
gurisan tentang pengalaman
luahan perasaan

Awan tak tergapai
angin tak terantai
namun masih mengikat keinginanku
hinggap di dedahan tempatku
berpencak dengan huruf dan kata-kata

Sesekali kulencongkan hala
mata huruf dan kata-kata
menyelusuri perjalanan hidup yang dilalui
kalau tidak mampu ia menjadi pedoman buatmu
memadailah untuk diriku sendiri..

...smk sungkai
22.1.2011