Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Sunday, January 23, 2011

Ikut Isteri Ke Pasar..

Ahad, 23 Jan 2011 .. 7.00 pagi.. Pagi ini aku mengikut isteri ke pasar. Lama juga rasanya aku tak berbuat demikian. Kali ini aku menemaninya kerana suasana di pasar, sibuknya sudah menjadi luar biasa, berikutan banyak gerai sementara yang didirikan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi. Pemandu yang berpengalaman saja yang dapat meloloskan kenderaan mereka di celah-celah kesibukan sebegitu.

Satu perkembangan yang positif yang aku nampak ialah semakin bertambahnya peniaga Melayu yang membuka gerai di dalam pasar, menjual ikan, ayam, santan, barang-barang runcit, sayur-sayuran dan berbagai-bagai lagi. Seperkara lagi ialah apabila pelanggan kaum Cina turut membeli barang-barang keperluan dapur daripada peniaga Melayu sedangkan gerai-gerai kaum Cina banyak di situ.

Cuma, entah bila agaknya para peniaga di pasar-pasar di negara kita akan mengutamakan kebersihan gerai-gerai mereka.

No comments:

Post a Comment