Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Wednesday, January 26, 2011

Antara Protokol dan Prokontol

Dalam satu organisasi kecil seperti sekolah sekalipun isu protokol tidak boleh di kesampingkan begitu sahaja, terutamanya ketika sesuatu acara rasmi sedang dilangsungkan. Ketika itulah para pelajar dilatih untuk mengendalikan majlis supaya berjalan dengan lancar dan sempurna. Setiap ucapan oleh para guru dan pelajar perlulah terlebih dahulu menujukan rasa hormat kepada barisan kepimpinan sekolah dan kepada tetamu jika ada, kepada guru-guru dan kepada para pelajar mengikut hiraki yang telah ditentukan. Semua itu dilakukan tidak lain dan tidak bukan untuk mewujudkan rasa hormat dan membentuk sikap bersopan santun di kalangan pelajar mahupun guru-guru.

Sedang Tuan Pengetua sekalipun mematuhi perkara ini, ada juga pihak yang sudah lama berada di barisan kepimpinan yang bersikap kurang matang, mengenepikan protokol mengikut seleranya sendiri. Keadaan ini menampakkan yang berkenaan itu seperti kata budak-budak sekarang "syok sendiri". Acara rasmi yang sepatutnya diisi dengan nasihat dan panduan kepada anak-anak didik, akhirnya diisi dengan cerita-cerita peribadinya. Sampaikan mendapat panggilan telefon daripada seseorangpun habis diceritakan. Akhirnya protokol bertukar menjai prokontol.. (maaf sedikit lucah..).

Kata orang tua-tua, ular menyusur akar tak hilang bisanya .. oleh itu fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment