Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Wednesday, December 14, 2016

KEGATALAN DAN KEINGINAN TERHADAP KUDA TUA E36 (untuk anak-anak)

Apabila kalian sudah membesar, keperluan dan kehendak kalian pun semakin merencam. Mana yang dapat dituruti, kenalah dituruti, bersesuaian dengan kemampuan ekonomi kami sebagai ibu bapa. Yang mana tak dapat terpenuhkan, kalian kenalah difahamkan dan kena faham.

Seorang mewarisi Kancil emak. Untuk emak dibelikan Saga BLM. Ayah heretlah Avanza ke sana sini. Kancil meragam tak sudah-sudah, akhirnya digantikan dengan Persona terpakai.. Itu untuk abang. Yang sorang lagi mengadu, nak ke kuliah jauh. Nak pakai Saga emak. Sebagai ibu bapa kami ikutkan saja. Emak pulak pakai Avanza ayah. Habis ayah nak pakai apa?? Naik bas ke tempat mengajar...?? Oh tidak... Ayah kena beli terpakai, kereta murah-murah.. Apa pilihan yang ada dalam lingkungan RM 15K?;  hanya untuk ke tempat kerja yang jauhnya hanya 13 km.

Ayah pun mengintai2 kereta terpakai bernilai tak lebih 15K.. (1 ) Toyota 111 (kasi lowered cantik juga) (2) Nissan Sentra (3) Civic .. Tak jadi pulak. Selak mudah.my pulak. MERCEDEZ 1990-an awal pun ok.. tapi ramai kengkawan dah pakai MERC; cari kelainan lah.. BMW E46.. cantik menawan!! tapi melangkau bajet.. paling murah pun 30K. BMW E36 318i 1996 pulak... uih.. 17K dah boleh dapat.. hati pun mula berdetik dan berputik..

Buat muka selamba mengadaplah ayah ke Bank Rakyat, buat loan 30K.. Kereta 17K bayar cash .Itu yg terpahat dalam kepala.. nanti repair itu ini 7K. Selebihnya belilah apa yg patut.. Dua hari lulus, hari keempat duit dah masuk buku. Tapi ayah nak cakap kat mak, mulut berat sungguh.. mak mesti membantah kalau ayah sebut nak beli BMW, tambahan BMW buruk.. nak menyelenggaranya bukan sikit-sikit duit katanya (itu yg ayah fikirkan). Tapi ayah dah nekad.. BMW E36 tu mesti dimiliki juga. BMW lama saja pun, hanya kereta,  bukannya BM (bini muda).

Awal 2013, BMW E36 1996 warna brockatrot ayah bawak balik. Emak tengok saja tak kata apa, tapi ayah faham mak tak suka langsung. Emak muncung saja, tapi ayah buat biasa saja. Dua minggu juga mak tak banyak cakap dengan ayah. Ayah tau mak marah tapi ayah tau ayah salah. Kereta tu pun bunyinya berdesing2 pulak, tunjuk dia akan minta banyak wang selama dimiliki. Alternatornya meragam.. ganti RM450. Tayar pulak terpaksa diganti, dah lama sangat walaupun jenama Pirelli.RM 800 untuk tayar. Lampu depan dan lampu belakang banyak padam daripada menyala. Ayah baiki sendiri yang depan, yang belakang ayah ganti, RM650, Taiwan mari. Ayah tengok bumper model E36 M3 cantik.. tak apa .. ayah beli bumper M3 baru, RM 750, Taiwan juga. Bumper belakang, kalau bubuh diffuser, menarik kata hati ayah.. Ayah order, RM250. Taiwan juga. Lepas tu ayah tengok kereta orang pakai rim 17 inci, ayah pun teringin. Ayah beli yang terpakai RM1000, tayar kena tukar 4 biji 1000.00 tayar murah dari Korea.

Suatu hari pada tahun 2014, ayah balik dari Tapah.. ayah tengok asap berkembut dari bonet, ayah pun bawa kereta tu ke tepi.. Engin terbakar. Air bocor. Aduh.. tukar engin, tukar itu ini, urusan Puspakom, upah dsbnya habis RM5000.00. Tak lama selepas itu ayah nak ke Ipoh, engin mati tengah jalan, apa lagi lah ni? ayah menggerutu. Pam minyak dan conked out (kong), RM 450. Lepas tu ayah tengok tempat duduk kulit kat kedai anak murid... bodek punyak bodek, dia jual kat ayah RM 350.00. Ayah pun tukar "seat" tu.. bila letak tengah panas, kita duduk, terbakar buntut, panas. Ingatlah ayah akan kata-kata orang Perak, iyo pape ase begaye. Tak lama lepas tu, bila ayah dan start kereta tu, berjam-jam dia tak nak hidup. Ayah order starter baru Bosch, RM450.00.

Beberapa bulan lepas tu, ayah ganti pam dan hos air, RM 250 terbang. Ayah ganti brake disk beltukarakang, ambik Taiwan punya RM350. Lepas tu ayah ganti sistem gantungan, bushing2, entah apa lagi sakneka kat bawah perut tu termasuk 4 absorber habis dekat RM 1800.00. Ayah tukar exhaust box pulak RM 400.

Seterusnya ayah tukar blower penghawa dingin RM 280.00. Lepas tu ayah tukar crankshaft sensor, mass air flow sensor RM 850.00. Hari tu ayah tukar juga entah apa namanya bahagian exhaust kat engin tu.. Habis juga dalam RM 800.00.

Ada lagi dua barang yang perlu ayah ganti dalam hari-hari mendatang, iaitu sensor oksigen (O2 sensor) dan lower arm sebelah kanan. Mahu juga RM 500 agaknya. Selepas itu ayah harap kuda tua berada dalam keadaan yang baik; kalau tidak pun seperti kereta baharu, tetapi keseronokan dan kesedapan memandu BMW itu tetap ada.



Saturday, December 10, 2016

Singgah kejap sebab hujan..

Wow wow wow... kekaratan apakah ini?.. Tebal dah karatnya. Lama aku tak menjenguk ke sini.. Entah mengapa malam begini, hujan, sejuk, dingin .. aku menjengah jua..

2016 semakin ke hujung.. ke manakah hala 2017.. RM 4.60 = 1 USD? huh.. ngeri tu.

2017.. keramat ? atau musibat.. mudah-mudahan selamat.

Cukup lah dulu sayang .. panjang-panjang pun baca, masa terbuang.