Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Wednesday, December 16, 2009

Rambai oh Rambai

Di belakang rumah tua dan usang tinggalan ayah ada 3 batang pokok rambai. Selain itu ada pokok dokong, salak, durian, rambutan, nangka, cempedak dan jering. Sebulan lalu sebiji buah durianpun kami tak merasa, habis dimakan tupai. Tak apalah dah tiada rezeki. Kini durian dah tinggal pokok dan daunnya sahaja. Rambutan pun sudah melewati tempoh ranumnya, itupun dibiarkan sahaja kerana di mana-manapun ada rambutan. Tupai jugalah yang untung. Tak apa rezeki dia. Dokong pun dah tinggal pokok dan daunnya. Yang tinggal hanya rambai.

Petang tadi aku menjenguk seketika pokok-pokok rambai itu. Masih belum masak sepenuhnya. Namun dari sebiji ke setangkai, kemudian bertangkai-tangkai aku baham. Enak juga.

Biji rambai perlu ditelan bersekali dengan isinya. Itu semua orang tahu. Jika makan rambai jangan dikunyah, sedut sahaja ke perut. Orang yang biasa makan rambai tahu itu.

Zaman susah dahulu kanak-kanak melepaskan isi perutnya di tepi-tepi semak. Sebab itu pokok rambai tumbuh merata.. He.. he.. jadinya pokok rambai yang sedang berbuah di belakang rumah ayah tu benihnya dahulu pernah berada dalam perut aku!!!...

5 comments:

  1. Ass-salam Cikgu Nazri
    Budak- budak sekarang tak minat makan rambai...mungkin juga tak kenal rambai...
    Pengalaman kak Hazeleyed masa kecik di kampung datuk makan rambai Lumut(Hijau tapi sangat manis)tak berani telan biji sekali kerana pernah pengalaman ngeri apabila perlu 'ke rumah kecik'...aDUH NGERI!. Lepas tu taubat tak nak telan dengan bijinya dah...Hahaha!
    SALAM MAAL HIJRAH.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Semoga hadirnya sinar baru 1431 Hijrah, menghijrahkan kita ke arah yang lebih baik...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada Pn Hazelyed dan Pn Hazlin.. Salam Maal Hijrah.

    ReplyDelete
  4. Haji,
    Aku masa kecil dulu makan rambai sampai cungkil baru ok. Kalau tak mahu diam-diam dalam semak nak adjust..... heee....heeee

    ReplyDelete
  5. kerna telan biji rambailah, sampai kena tidoq di hospital

    ReplyDelete