Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Friday, January 1, 2010

2010 Sudah Berusia Hampir Sehari...

Ia datang dan pergi seperti tahun-tahun yang sudah berlalu. Langit tetap biru, awan tetap putih kelabu, gunung tetap biru, laut tetap tenang dan bergelora bersilih ganti, manusia dilahirkan dan akan ada yang mati ..... dan itu dan ini seperti selalu. Cuma kita perlu berjuang untuk mencapai kehidupan yang lebih baik drp tahun lalu. Susah senang rezeki kita bukan kerana tahun baru atau tahun lama, bergantung kepada usaha, doa dan ketentuan Ilahi. Bertambah usia kita, bermakna selangkah menghampiri kematian ... Apapun aku tak mahu mengucapkan Selamat Tahun Baru, hanya aku ingin mengucapkan Selamat Berjuang... kerana hidup adalah perjuangan.

5 comments:

  1. Berjuanglah demi kesejahteraan hidup didunia dan bekalan di akhirat nanti.Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Haji...... tahun hadapan jangan tak nanda kertas puloak.......Nanti tak ade Hey Kia Hua..

    ReplyDelete
  3. Nuar: Tengok keadaan lah, rasa sayang juga nak melepaskan..
    Mat: Ya.. salam perjuangan jua..

    ReplyDelete