Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Thursday, March 4, 2010

Sekadar Catatan

I
Kabel telefon di perkampunganku dipotong penyangak sebelum Tahun Baru Cina lagi. Hanya pada pukul 3.00 ptg semalam kembali disambung pihak Telekom. Selepas 3 jam sambungan pulih, sekali lagi sambungan terputus.. kali ini sebuah lori treler yang mengangkut besi lusuh "melusuhkan" pula tiang telefon sehingga menyembah bumi.. 2 minggu lagikah terpaksa pulak kami menunggu sambungan untuk kembali pulih....?

II
Pencapaian STPM 2010 SMK Sungkai.. spt biasa, ada yang naik dan ada yang turun. Antara yang paling menyerlah ialah pencapaian bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan mata pelajaran Sejarah. Kepada pelajar yang berjaya tahniah dan bersyukurlah. Bagi yang gagal, ia bukan penamat kehidupan..

III
Sekarang ini cuaca begitu panas. Kipas angin kurang membantu. Sebagai guru, aku seharusnya bersyukur kerana tempat aku bertugas berbumbung. Bayangkan mereka yang terpaksa berpanas.. petani, nelayan, buruh binaan, dll. Oh aku teringat akan arwah ayah yang berkayuh basikal 15km sehala ke tempat kerja (sebagai kuli) dan kemudian petangnya berkayuh kembali ke rumah. Al-Fatihah buat ayah.

3 comments:

  1. Ass-salam
    Tahniah di atas kejayaan STPM sekolah Cikgu...yang seestinya cikgu Nazrilah penyumbang kejayaan mereka. Syabas!

    ReplyDelete
  2. Salam Pn Hazeleyed. Terima kasih.Lama saya bertemu di dunia blog. Sedikit sebanyak pencapaian p[elajar bergantung kpd guru-gurunya. Tahun ini rezeki budak-budak tu menjadi. 36 orang daripada 74 pelajar berjaya memperoleh pointer 2.75 ke atas. Dan buat pertama kalinya, ada seorang pelajar tak dapat walaupun 1D pun. Pelajar bermasalahlah tu.

    ReplyDelete