Cepatnya Masa Berlalu
Hari ini 14 November 2020.. bermakna 2 tahun 8 hari aku tak menulis apa-apa di blog picisanku ini. Pada kebanyakan masa, aku terlupa langsung akan kewujudannya pun. Facebook, Whatsapp dan Telegram menjadi tumpuanku sebagai wadah perhubungan bersama rakan-rakan dan keluarga berbanding blog ini.
Kurangkumkan sahaja peristiwa-peristiwa penting untuk tahun 2020 ini..
Januari - wabak Covid-19 yang berasal dari China mula tersebar ke seluruh dunia.
April - Langkah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) di seluruh negara.
Mei - Hari Raya Aidil Fitri hanya disambut dalam kalangan ahli keluarga sahaja.. tiada rentas daerah dibenarkan. Sembahyang sunat Aidil Fitri dilaksanakan sesama ahli keluarga sahaja di rumah.
Ogos - sepatunya majlis perkahwinan Amirah diadakan pada 8.8.2020.. terpaksa ditunda ke Januari 2021 kerana perintah PKPB (B: Bersyarat) menghalang banyak persiapan.
September - 29.9.2020 Azim berlepas ke Manchester England, melanjutkan pelajaran di University of Manchester di bidang Ekonomi, dengan tajaan Permodalan Nasional Berhad.
msh ko jengah blog ko ye....hihi
ReplyDeleteSesekali tuan..
Delete