Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Monday, March 16, 2009

Apa Kurang Pada Belida?

Sekali lagi aku tertarik dengan peribahasa-peribahasa lama, apatah lagi peribahasa yang sangat jarang didengari masa kini. Kali ini aku memilih peribahasa apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada. Belida ialah sejenis ikan air tawar mempunyai banyak sisik kecil dan juga banyak tulang. Peribahasa ini membawa pengerterian, orang yang kaya berupaya memiliki segala-galanya (termasuk kuasa?). Itulah makna yang diberikan kepada peribahasa ini dalam Kamus Dewan.

Walau bagaimanapun ada versi lain bagi peribahasa ini iaitu apa kurang pada belida, sisik banyak tulang berlapis, bongkok ada kedik pun ada. Pengertiannya juga sedikit berbeza iaitu seseorang yang memiliki apa yang dimiliki oleh orang lain, tetapi apa yang dimilikinya itu tidak setanding dengan apa yang dimiliki oleh orang lain.

Aku percaya majoriti kita berada dalam kelas belida versi kedua. Sepatutnyalah kita bersyukur kepada Allah s.w.t. atas apa yang kita miliki sekarang ini. Alhamdulillah.

3 comments:

  1. Belida kat rumah Teh dah besar sangat. Nampak aje cantik...provided dalam akuarium. Tapi kalau dalam kolam nampak pipeh sajalah si belida itu. Dalam erti kata lain, seseorang yang memiliki apa yang dimiliki oleh orang lain tapi kalau tak kena tempatnya dan tak pandai nak menyesuaikan diri maka tak nampaklah gahnya....boleh pakai ke????

    ReplyDelete
  2. ikan belida...?
    pernah memancing dapat ikan belida kat sungai hujung kampung rumah makcik PUTEH tu...mula mula ingat nak simpan ..lepas tu dapat ikan patung...lepaskan dua dua...rasa tak berbaloi bawak balik...lastnyer dapat gak ikan sebarau...baru real..kalau tak nak makan pun boleh bagi kat orang...
    kadang kadang kecantikan dan kelebihan itu UNIVERSAL...tak boleh diukur dengan keduniaan semata sebab nanti cepat datang rasa bosan...cantik dan hebat sahaja tak guna kalau tak memberi manafaat..

    ReplyDelete