Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Thursday, March 26, 2009

Direbus Tak Empuk

Empat lima hari aku tak menulis sesuatu yang baru di blog picisan ini. Aku rasakan perjalanan waktu pada minggu ini amat laju, dan aku rasa sedikit kepenatan. Di sekolah, minggu ini dipenuhi dengan mesyuarat-mesyuarat yang pelbagai terutama berkaitan prestasi SPM 2008 yang merudum. Bila keputusan SPM jatuh, para dewa murka, tetapi dalam masa yang sama keputusan STPM agak memberansangkan, para dewa mengezip mulut pula.

Kadang-kadang aku berasa aku sebagai ubi yang sudah menjadi kayu, direbus tak empuk-empuk, walau kering air di periuk. Sukarnya nak berubah!

2 comments:

  1. tu namanya...tak cukup sericih sebelanga...ehehehehe...

    ReplyDelete
  2. sabarlah cikgu.
    hidup ini umpama roda. sekali kita di atas dan sekali di bawah pula.

    ReplyDelete