Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Thursday, March 12, 2009

Jong Pecah Yu Kenyang

Betapa tingginya keintelektualan dan hati budi orang Melayu (tradisional) yang menanggapi sesuatu keadaan dengan penuh teliti, tepat, halus dan jitu. Dalam Kamus Dewan, jong diertikan sebagai kapal layar Cina dan yu merupakan nama lain bagi ikan jerung.

Tentu ada sebabnya mengapa orang Melayu tradisional yang mencipta peribahasa ini tidak mengambil 'ikan' secara umum sebagai pihak yang mendapat keuntungan, tetapi hanya sejenis ikan sahaja, yakni yu.

Fikir punya fikir, akhirnya aku mendapat sedikit petunjuk. Apabila jong pecah, semua bahan yang boleh dimakan termasuk orang akan dimakan oleh ikan, tidak kira ikan yu, ikan kembung, ikan gelama, atau sebut apa sahaja nama ikan. Bangkai jong yang tenggelam, akan menjadi tukun tempat ikan-ikan itu berumahtangga dan beranak pinak pula.

Ikan yu yang terkenal pelahap itu akan membaham apa sahaja termasuk ikan-ikan lain yang ada di sekitar kawasan jong yang pecah. Ikan-ikan kecil seperti belanak, bilis dan yang sebaya dengannya, memadailah hanya mencagut-cagut serpihan daripada sekeping roti yang terlepas dari mulut kelasi jong yang jatuh ke laut, kemudian dimakan oleh ikan yang lebih besar, hanya untuk nantinya dibaham pula oleh yu-yu yang kelaparan.

Dan sehari dua yang lepas, telah diumumkan ada jong yang dah pecah!

2 comments:

  1. cantik gambar JAWS tu...masih terfikir apa isu topik kali ni...yang RM30 juta tu ker?

    ReplyDelete
  2. Hu..hu..hu.. Tak ada kaitan dengan mana-mana isu pun, hanya kebetulan kerana tadi mengajar peribahasa ini dalam kelas.

    ReplyDelete