Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Friday, April 3, 2009

Mesyuarat di Pangkalan Hulu

Hari ini 3 April 2009, aku berada di Pangkalan Hulu, menghadiri Mesyuarat Gemilang Sejarah Negeri Perak yang diadakan Chalet Air Panas. Malangnya aku terlupa membawa kasut kulit. Yang terlebih malang ialah, aku terlupa membawa 'charger' telefon buruk aku. Awal malam tadi langsung tak dapat dihidupkan.

Seronok juga dapat bertemu sahabat-sahabat dalam kalangan guru-guru Sejarah ni. Petang tadi ramai-ramai menjamu selera ke Baling, makan capati. Aku tak berminat ke sempadan Thailand, hanya memesan seorang sahabat untuk membeli mangga sekadarnya sebagai pembasuh mulut untuk anak-anak di rumah.

Tengah malam ini kami ramai-ramai ke cybercafe di Pangkalan Hulu ini untuk melayari blog-blog politik dan blog-blog persendirian. Inilah pertama kali aku mengunjungi kafe siber. Panas, rimas, bising.

Mesyuarat akan berakhir tengah hari esok. Letih juga memandu 251 km bersendirian tanpa henti untuk pulang.

2 comments:

  1. la...addicted dah la tu haji, sampai sanggup ke CC....biar betul..ingatkan nak hantar email jadual kami aje...panas panas, ada yang suka, ada yang tension, ada yang bertanya, ada yang buat tak tau...k.ogy tak leh nak menjawab..tunggu haji balik...baik disiapkan ilmu melembutkan hati orang...he..he..he

    ReplyDelete
  2. wah... gie cc ye... lain kali bila mesyuarat cari tempat yang ada wifi ye...

    ReplyDelete