Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Wednesday, July 15, 2009

Mengisi Masa Malam Yang Panjang

"Sesi mesyuarat malam ini dibatalkan. Kita jumpa esok pagi sahaja". Itulah yang disampaikan kepada kami petang tadi. Sebahagian daripada kami bertolak ke Kangar untuk menonton konsert orkestra murid-murid sekolah. Aku tidak mahu pergi. Selepas solat maghrib aku melelapkan mata seketika di bilik. Selepas itu aku dan empat orang sahabat lagi pekena capati dan roti Arab di gerai di tepi stadium.

Selepas itu aku menunjukkan cara menghasilkan blog kepada sahabat di bilik sebelah. Setelah mereka dapat menghasilkan blog sendiri, aku kembali ke bilik.. Namun malam masih muda.. Apa nak buat ni???

2 comments:

  1. Salam Cikgu...
    nanti boleh ajar kite 'improve'blog kite yang buruk tu ek

    ReplyDelete
  2. Kpd cikgu hazelyed: Macam mana nak ajar cikgu meng"improve"kan blog, sedangkan blog saya ini pun tahap picisan-picisan saja..

    ReplyDelete