Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Sunday, August 9, 2009

Salam Satu Malaysia

Belum sempat dipenuhi sawang, aku kembali semula menjengah blog picisanku ini sambil meneroka ke blog-blog sahabat.
1Malaysia? Oh! Baru aku tahu selama ini kita ada banyak Malaysia sehingga memungkin gema 1Malaysia dipalu bertalu-talu. Menzahirkan kepala (tajuk) cerita yang hebat memang cukup mudah, tetapi nak menulis isinya payah le sikit... Lebih baik tulis cerita dulu baru kita beri tajuk yang bersesuaian. Nanti bila murid tanya, Cikgu, 1Malaysia tu apa?.. Entahlah, jawab cikgu.. Murid nanti mencebik, apalah guru Pengajian Am pun tak tahu... apa jenis cikgu ni??? Cikgu juga yang kena.. kan... kan....?
Tukang bodek pun satu hal... Ada ke sampai astaka Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pun tertonjol lambang 1Malaysia. Agaknya berpinor-pinorle bijik mata peserta dari Mali, Senegal. Bangladesh, Tajikistan dan yang lain-lain nak memahami perkaitan lambang itu dengan acara tilawah yang dijalankan...
Dunia Malaysia ini terlalu banyak kekaburan..mungkin dek sering dilanda jerebu/jerubu (tak wujud dalam daftar kata Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia yang standard, dari mana mereka dapat tak tahulah, sepatutnya kabut). Dulu heboh Islam hadhari (pun berkabut jua), lepas tu 1Malaysia, lepas tu entah apa lagi agaknya!!!
Dan aku takkan lupa tentang Perak Nombor Satu, Perak Gemilang, dan sekarang ni Perak apa pulak, entah!!!

2 comments:

  1. Salam Cikgu...
    Welcome back...
    Perak eh?...yang pasti Perak masih di belakang!

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Apa-apalah Tn.Hj. Itulah namanya Malaysia Boleh!
    Yang terkini "Komuniti Berilmu Perak Terbilang"... Yang pasal Perak tak terbilang tu sebab komunitinya masih tak berilmu-ilmu lagi.. Entahlah...sampai ke sudah gamaknya Perak duduk di bawah... Kalau secara azalinya, perak duduk di bawah emas.. Tapi sekarang ni.. kayu dan batu pun dah duduk atas Perak... Hehe.. Moh le nengok teman punya blog... tkasih..

    ReplyDelete