Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Thursday, October 1, 2009

1 Oktober datang lagi...

I
Setelah blog ini hampir-hampir berkarat, akhirnya hari ini aku kembali semula. Sengaja "mengambil cuti" seketika. Terima kasih kepada beberapa orang sahabat yang menghantar SMS dan e-mail meminta aku meng"update" blog ini.
Rasa-rasanya aku masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI, Maaf zahir dan batin kepada semua.
II
Apakah erti 1 Oktober setiap tahun? (Baru teringat hari ini 1 Oktober pada pukul 7.00pagi tadi). Bermakna sudah 49 kali 1 Oktober kulalui dalam perjalanan hidup ini. Melalui zaman kanak-kanak, remaja, muda, dan kini menuju ke alam dewasa/tua. Kehidupan yang bersimpang-siur dengan suka duka, pahit maung, hilai tangis dan sebagainya yang mematangkan diri yang kadang-kadang bertindak secara tidak matang. Dan berakhirnya detik ini diri harus menyedari bahawa ia juga sedang menghampiri selangkah demi selangkah ke garis penamat kelangsungan hidup ini.

4 comments:

  1. Salam Cikgu Nazeri Harun
    Selamat hari Lahir yang ke 49 tahun 1 hari.
    Kakak ...hahaha sebab kita dah celebrate in Mac...doakan sampai ke garisan penamat dengan membawa 'Kejayaan hakiki'

    ReplyDelete
  2. Terima kasih puan hazelyed ... Jauh atau dekat garisan penamat - sama ada kita pergi ke arahnya, atau dia sendiri yang datang mendekati..

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya cikgu nazeri dan selamat hari lahir juga

    ReplyDelete
  4. Seronok baca tulisan org kampung sendiri. Teruskan berkarya. Eid mubarak dan selamat menempuh 1 Oktober yg ke 49 kalinya. Moga hidup sentiasa diberkati oleh Nya.

    ReplyDelete