Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Monday, April 13, 2009

Cuti Sakit 2 Hari

Sejak seminggu lalu lutut kananku memang terasa sengal, tidak dapat dibengkokkan sepenuhnya. Aku terpaksa mengubahsuai cara aku berjalan, sedikit tempang. Aku bukan pengidap gout. Tulang lututku seperti berlaga apabila aku cuba berjalan seperti biasa.Petang Ahad semalam aku tak dapat menggerakkan langsung kaki kananku. Sakitnya bukan kepalang dan kelihatan lututku membengkak dan panas. Hendak bersembahyang terpaksalah duduk di kerusi.

Pukul 8.00 malam tadi Ani membawaku ke sebuah klinik. Mujur masih belum tutup. You buat apa petang tadi sampai jadi macam ini? tanya doktor. You punya urat lutut sudah pecah sedikit, itu darah sudah campur sama air, you punya lutut pun dia punya gris sudah sikit kurang. Nanti kita bikin satu lubang, sedut itu darah keluar, lagi kita masuk sikit ubat bawah itu kepala lutut. Tarak sakit. Perasaan ngeri dan takut menyelinap di dalam hatiku. Lubang? Huh! besor mana pulak tu?

Aku malas nak memandang apa yang dilakukan oleh doktor tu ke atas kepala lututku. Terasa sengal, sakit, dan geli. Hampir aku tertawa dek geli kat tulang. Doktor pun menunjukkan darah yang disedut keluar, agaknya habis darah yang dihasilkan melalui nasi sepinggan yang aku makan sebelum datang tadi.

Dua hari cuti, kata doktor itu. You patut pigi hospital untuk pemeriksaan lanjut dan dia orang mesti kasi you cuti kurang-kurang 1 minggu katanya. Malas nak cerita banyak, ok doktor,esok saya pergi kataku. Sebenarnya aku memang tak mahu ke hospital. Sebelum tidur aku makan ubat yang diberikan doktor.

Bangun pagi ini aku lihat bengkak sudah berkurangan, aku sudah boleh membengkokkan sedikit kaki kanan tetapi sengalnya masih terasa.

Duduk sahaja di rumahpun membosankan. Anak-anak ke sekolah. Ani pun sudah bergerak ke sekolah sebentar tadi. Huh... tidurlah jawabnya sepanjang petang ini.

6 comments:

  1. ELOK LER DOKTOR BAGI BEREHAT, ASYIK SANGAT BERKERJA. SAMBIL BEREHAT MENUNGGU SAKIT LUTUT PULIH, BOLEH CARI IDEA EDIT BLOG..

    DAH LAMA SAYA TAK M.C, SEMENJAK KERJA SENDIRI NI SEAKAN TAK KENAL RUPA SURAT M.C TU..

    ReplyDelete
  2. salam hormat pakcik,
    bawak bawakla berehat...semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. cecopek sombouh buleh poi mengajar..

    ReplyDelete
  4. Tq kepada semua. Hari ini sudah ok 100 % alhamdulillah.

    ReplyDelete