Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Monday, April 20, 2009

Siap Jua Akhirnya

Setiap hari, cahaya matahari petang akan menyapa terus ke ruang keluarga rumahku. Ruangan itu tempat anak-anakku bermain perang-perang melalui komputer dan selalu juga mereka berperang sesama sendiri di situ. Menonton TV juga di situ. Mereka membuat kerja sekolah juga di situ. Sudah tentu bahang cahaya matahari yang menerjah masuk melalui kaca pintu gelongsor mengganggu penumpuan mereka.
Sebulan yang lalu aku mengambil keputusan membina sendiri (seorang diri) kawasan beratap di bahagian luar ruang keluarga itu. Setiap waktu terluang aku akan bertukang, secara beransur-ansur. Apabila kawasan itu ditimpa cahaya matahari aku akan berhenti. Aku takut kulit aku yang gelap ni bertambah gelap. Setiap hari aku hanya ada masa lebih kurang 1 jam, pukul enam petang sampai pukul tujuh. Jika hari cuti aku punyai masa yang lebih panjang.

Aku memasang atap pada sebelah malam. Memasang atap genting tidak banyak mengeluarkan bunyi. Oleh itu jiran-jiran tidak akan terganggu dan tentunya suhu pula lebih sejuk.
Dan hari ini semuanya telah siap 100 peratus. Matlamat untuk mengurangkan terjahan cahaya matahari ke ruang keluarga tercapai. Memanglah tidak kemas kerana aku bukan tukang profesional. Lagipun aku tak mahu memotong rezeki sahabat berblog aku, Kontraktor Wibawa tu. Mana tidaknya, nanti orang suruh aku bina rumah mereka, kesianlah En Nor Azuan Mustafar tu tak dapat projek pulak.
(Buat projek inilah urat lutut aku pecah, turun naik tangga. Tahun lepas ketika membuat atap di sebelah kanan rumah aku untuk menahan terjahan cahaya matahari pagi, aku terjatuh setelah atap yang aku pijak pecah dan patah, terjunlah aku ke tanah. Sakit beb..)


3 comments:

  1. bila pencen nanti boleh ler jadi kontraktor... dari gambar tue nampak kemas jugak kejenya

    ReplyDelete
  2. la..tak habis bertukang lagi ke??? patutla terdengkot2 datang sekolah, buat kerja part time rupanya.

    ReplyDelete
  3. Bila umur dah meningkat, urat pun dah mula kendur, refleks anggota pun tak sepantas dulu. Kita terima sajalah hakikatnya. Lepas ni berhati-hatilah dalam membuat kerja tu. Hari tu lutut, jangan ditambah dengan yang lain pulak.....pesanan orang yang seangkatan!!

    ReplyDelete