Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Wednesday, June 3, 2009

Sekadar Ke Ipoh

Selepas solat zohor tadi aku membawa Ani dan anak-anak berserta seorang anak saudaraku ke Ipoh, sekadar untuk mengisi waktu. Mula-mula ke Jusco. Selepas merayau-rayau tanpa tujuan, Ani membeli sesuatu untuk dihadiahkan kepada anak saudaranya yang akan melangsungkan pernikahan pada hari Sabtu nanti. Hampir satu jam di situ aku membawa mereka ke Greentown Mall. Sempat juga membeli dua helai kain samping dewasa dan satu samping kanak-kanak (satu untuk Qayum, satu untuk Khaliq dan satu untuk Azim) untuk dipakai pada hari perkahwinan anak saudara Ani nanti.
Selepas solat asar di masjid berhampiran hospital, kami ke kedai kasut pula. Khaliq mengadu kasut hitamnya sudah koyak dan perlu diganti. Akhirnya aku juga menyambar sepasang kasut untuk dipakai sewaktu bertugas. Kasut yang sedia ada masih baik tetapi mungkin sudah terlalu letih dek dihenyak setiap hari. Tak lama di kedai kasut, perut minta diisi, tekak minta dibasahi. Tapi Azim menunjukkan reaksi seperti harimau luka, semata-mata mahu dibelikan CD permainan komputer di kedai komputer berdekatan. Terpaksalah juga dipenuhi.
Kembali semula Greentown Mall, masing-masing pekena nasi goreng ayam. Kemudian terus ke Masjid Kampung Rapat, solat maghrib. Selepas itu masih belum boleh balik, Ani mengajak ke Butik First Lady, mencari baju untuk Amira. Bila keluar aku tengok tangan Ani dan Amira kosong. Belum ditanya Ani dah memberitahu, cerewet sangat anak awak tu... huh!
Setengah jam selepas itu kami pun sampai ke Bidor. Aku memandu antara 130 ke 150km sejam. Meraung-raung enjin 1.5l Avanza kuperas dan kuperah ketika mendaki bukit dekat Gua Tempurung. Bukan apa, perutku minta supaya apa yang dimakan tadi atau sebelumnya segera dikeluarkan. Lagipun pada sebelah malam jarang ada perangkap had laju.

2 comments:

  1. Wah...shopping sakan keluarga Bidor rupanya. Baju kami belum siap lagi. Cina tailor tu kata esok. Tengoklah. Kalau tak kami balut aje kat badan. Janji sedondon dgn semua..hahahha.

    ReplyDelete
  2. Kpd Teh: Baju kami yg lelaki dah siap, yang perempuan tailor kata esok. Ani kata, kalau tak siap sarung aje baju yang dah bergunting tapi belum berjahit tu.. Janji sedondon.

    ReplyDelete