Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Tuesday, November 17, 2009

Hari Yang Bertuah?

I
Petang semalam aku menghadiri Taklimat Pengurusan Tingkatan 6 di SMK Seri Perak Teluk Intan. Setelah semuanya selesai aku terus pulang ke rumah. Menjelang tengah malam, baru aku sedari, aku tertinggal di dewan syarahan SMKSP sesuatu yang amat aku perlukan, iaitu laptop cap ayamku. Habislah.. habislah.. aku menggerutu sendiri sambil menyalahkan diri sendiri yang sering saja cuai (aku yang cemerkap?). Komputer bolehlah dibeli jika ada wang, tetapi data, gambar, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran Sejarah, Pengajian Am dan Kesusasteraan Melayu takkan dapat diganti walaupun sedikit sebanyaknya telahpun dibuat salinan. Aku serahkan segalanya kepada takdir Allah swt. Jika laptop itu jatuh ke tangan yang baik, pasti ia akan kuperoleh kembali, jika sebaliknya, aku pasrah.

Tepat 7.30 pagi tadi aku menelefon sekolah berkenaan. Panggilanku disambut oleh seorang wanita. Setelah masing-masing memperkenalkan diri, aku sampaikan apa yang terjadi. Syukur, itulah ucapan yang terpacul keluar dari mulutku apabila Penolong Kanan sekolah itu menyatakan bahawa laptop itu ada dalam simpanannya setelah diserahkan oleh seseorang kepadanya. Terima kasih tak terhingga kepada pemilik tangan yang baik yang telah menemui laptop cap ayam itu. Petang tadi aku mengambilnya di pejabat SMKSP Teluk Intan. Alhamdulillah.

II
Pagi tadi aku menghadiri majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Bidor. Azim (Tahun 3) telah mendapat tempat pertama dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009. Di samping itu dia juga menerima penghargaan bagi Kehadiran Terbaik, B Melayu (Kefahaman) terbaik dan B Melayu (Penulisan) terbaik. Selain itu Azim juga turut menyertai acara Bahasa Bermadah / Choral Speaking Tahun 3.

Untuk tambah menceriakan hari ini yang bertuah, Ani yang turut hadir tak semena-mena menerima hamper setelah nombor pada buku aturcaranya terpilih sebagai nombor bertuah.




2 comments:

  1. Ass-salam...Hj Nazeri
    Kata orang...kalau rezeki yang kita perolehi halal...pasti Allah berkati dan beri Rahmat kan...
    Tuah ni agaknya salah satu rahmatNya...
    Tahniah juga buat Azim...buat ayah ibu bangga.
    Kenyanglah Azim dengan hamper yang ibunya dapat tu ek!

    ReplyDelete
  2. Salam puan, T/kasih..dia makan merata-rata ..semut banyak.
    Selamat Menghabiskan kerja sebelum cuti!

    ReplyDelete