Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Saturday, June 20, 2009

Summit, Bukit Mertajam

Aku berada di hotel ini mulai hari Khamis 18.06.09 hingga tengah hari Sabtu 20.06.09 untuk menyiapkan projek Gemilang Sejarah PMR / SPM anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak.
Sebenarnya aku tidak begitu sihat untuk ke sini tetapi memandangkan ramai antara kami yang menghadapi kekangan hingga terpaksa menangguhkan kedatangan atau tidak hadir langsung, maka terpaksa kugagahi juga untuk datang.
Untuk bersembahyang Jumaat siang tadi aku bersama enam orang lagi rakan setugas memilih untuk pergi ke masjid Kubang Semang. Masjid itu sedang dalam proses dibaik pulih.
Kira-kira jam 11.00 malam tadi aku dijemput oleh seorang sahabat lama ketika di sama-sama bertugas di Sarawak 25 tahun dahulu. Aku dibawa minum di sebuah restoran mamak di Bandar Perda, pekena roti canai dan teh tarik.
Sebelum tertidur sempat jugalah aku menulis posting ini dengan meminjam peralatan broadband mudah alih daripada sahabat sebilik. Sahabat itu dah berdengkur pun...

4 comments:

  1. summit yea...lauknya tak terlebih masin ke?

    ReplyDelete
  2. Kemasinannya secukup rasa.Ok jugaklah. Sambungan internetnya tahap lauk basi... Urusan di kaunter agak lembap dan lembik.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Selamat Hari Bapa.
    Semoga menjadi bapa mithali.

    ReplyDelete
  4. Ya.. Selamat Hari Bapa kepada yang menjadi bapa. Kita tidak menjadi bapa kepada anak-anak untuk hari ini sahaja. Kita adalah bapa kepada mereka sejak mereka dalam kandungan ibu lagi...

    ReplyDelete