Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Wednesday, January 14, 2009

Aku dan Filem Hindi Klasik

Setiap Selasa, 11.00 malam aku akan menonton gusti melalui saluran 811 Astro. Lantaklah orang kata aksi ahli-ahli gusti itu macam sudah dirancang terlebih dahulu, tapi aku tonton jugak. Tapi bukan itu fokus aku dalam posting yang ini tetapi pada cerita Hindi Klasik, Sanggam yang ditayangkan di saluran 808 tadi. Semasa aku di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah aku dah menonton pelbagai filem Hindi di pawagam. Pada masa itu majoriti orang kampung tidak memiliki TV di rumah, radio pun tak ada, oleh itu pawagam sentiasa penuh apabila ada tayangan filem Hindi, Melayu, Indonesia, Inggeris malah cerita Tamilpun ada orang Melayu tonton. (Cuma masjid sahaja yang tak pernah penuh-penuh kecuali pada waktu sembahyang Jumaat dan sembahyang hari raya.)

Apabila taraf ekonomi menjadi semakin baik, semakin ramailah masyarakat memiliki peti TV, dan memiliki set pemain video sekali. Kedai-kedai yang memberi kemudahan penyewaan filem-filem video tumbuh macam cendawan. Sekali gus hal ini menyumbang kepada penutupan satu demi satu pawagam di seluruh negara. Kali akhir aku menonton filem di pawagam ialah pada tahun 1984, filem Rambo.

Pada hari ini (setelah berusia hampir setengah abad) aku kehilangan minat menonton apa sahaja filem yang di tayangkan di kaca TV. Bagi aku, filem barat penuh dengan propaganda mereka, filem Hindi tak habis-habis dengan cinta terhalang antara hero dan heroinnya, cerita Melayu kadang-kadang lari daripada realiti kehidupan Melayu yang sebenarnya (mana Melayunya filem Melayu?).

Hmm dah jauh malam aku nak masuk tidur.

No comments:

Post a Comment