Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Sunday, January 4, 2009

BELAJAR DAN BELAJAR MENJADI DEWASA

Selepas tamat darjah enam di SK Bidor, aku bersama 10 orang lagi pelajar Melayu sekelas masuk ke SMJK Choong Hua Bidor pada tahun 1973, kerana kami memilih aliran Inggeris dan terpaksa belajar dalam Remove Class selama setahun. Di situ aku dapat ramai kawan kaum Cina. Sehingga sampai satu ketika aku malas nak mandi pagi! Setelah lulus LCE (Lower Cerificate of Education @ Sijil Rendah Pelajaran )aku menyambung pelajaran ke SMK Syeikh Abdul Ghani Bidor dalam Tingkatan Empat.

Setelah berjaya memperoleh keputusan yang baik ( 1st grade le tu) dalam MCE aku sambung sekolah lagi ke SMK Buyong Adil Tapah. Rakan-rakan yang tertinggal mula mencari kerja.. maklumlah waktu tu senang dapat kerja. Sesekali mereka datang menjenguk aku di rumah dgn menaiki motor yang paling popular ketika itu, Scrambler. Fuhhhh... terpaku aku. Sedangkan aku masih lagi berpakaian sekolah , pagi-pagi naik bas ke Tapah. Mulalah aku acuh tak acuh dalam belajar ni..Dalam kelas aku selalu tidur.Sampai ada seorang guru tu (tak perlu sebut namanya kerana dia hidup lagi) memanggil aku muka perogol, hanya kerana aku mengantuk ketika belajar ekonomi. . Apa kaitan antara tidur dengan rogol aku tak pasti. Dalam hati kecil aku berkata, kalau gitu lebih baik kau jauhi anak bini kau daripada aku).

Apabila keputusan HSC/STP diumumkan, aduh, nak pitam aku, aku lulus sijil penuh tapi cukup-cukup makan. Gerenti tak dapat masuk U punya! Nasib baik kesedihan aku terubat juga sedikit kerana ditawarkan ke Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur, pusat pengajian yang paling tinggi sehingga mengalahkan Universiti Malaya yang terletak bersebelahan, hanya kerana ia terletak di atas bukit. Setiap kali pelajar baru mendaftarkan diri abang senior mengarahkan supaya anak-anak tangga yang dibina untuk mendaki bukit itu di hitung...

Habis belajar di MPB aku dihantar bertugas ke SMK Dato’ Permaisuri , Miri Sarawak. Awal Januari 1984 aku pun memijakkan kaki buat pertama kali dalam kapal terbang dan 1 ½ jam selepas itu aku memijakkan kaki di bumi Sarawak, untuk lebih tepat, di Kuching buat kali pertama. Dua hari lepas tu naik belon (sebutan orang Sarawak bagi kapal terbang) lagi untuk ke Miri. Aku mula belajar erti berdikari dan erti rindu serindu-rindunya kepada ibu, ayah, adik beradik dan pada........... di kampung.
Apapun saat itu aku perlu menjadi orang dewasa...yang bergelar Cikgu.

No comments:

Post a Comment