Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Saturday, January 10, 2009

Antara Pencuri Kabel Telekom, TM, dan Aku

Ayooo... Lebih seminggu aku tak dapat menjenguk blog aku ni di rumah. Mana tidak, kabel telefon ke kampung aku di potong pencuri kabel. Bermakna tak adalah perkhidmatan internet kat tempat aku ni. Bulan lepas tiga kali kabel dipotong, petang hari ni sambung, malam nanti dia potong balik. Tergamak sang pencuri berhati kering tu menyusahkan aku dan penduduk kampung yang lain. Yang hairannya, pencuri tu potong (maksud aku kabel) ditempat yang sama setiap kali. Tak ada inisiatif pihak yang berkuasa untuk memantau kat situ.

Pada malam minggu lalu depa potong, tapi kali ni hanya disambung pada pagi Sabtu tadi. Seminggu baru telekom sambung. Bila kita buat aduan, kami akan sambung dalam masa 24 jam kata telefonis tu. Mujur perempuan kalau jantan naya aku maki, tapi dia bukannya tau. Yang lebih hairannya kata pihak telekom, hanya tiga rumah yang terlibat, pada hal yang terlibat satu kampung, lemah betul pangkalan data telekom ni. Tapi tentang kutip duit dia tak lemah.

Satu kali tu aku buat aduan, aku kata, sang pencuri sudah melaksanakan tugas-tugas mencuri (kabel), aku sudah melaksanakan tugas membayar bil, malangnya pihak telekom tidak langsung melaksanakan tanggungjawab menyediakan perkhidmatan, menyambung semula kabel yang dipotong sang pencuri. Jadi lebih teruk pihak telekom daripada pencuri tu. Memang aku emosional sikit tentang hal ni.

Aku tak pasti berapa lamakah usia apakah kabel yang disambung oleh kontraktor telekom pagi tadi akan bertahan. Mungkin esok kejadian kabel dipotong akan berulang lagi....

No comments:

Post a Comment