Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Sunday, January 11, 2009

Tugas Di Setiap Tahun Baru Kalendar Persekolahan

Sekali guru, selamanya guru. Hari Jumaat lepas aku telah selesai menyediakan jadual waktu baru untuk SMK Sungkai iaitu kedua yang disiapkan untuk tahun ini. Aku sudah memagang jawatan guru jadual waktu sejak tahun 1992 lagi. Sebagai guru diberi tanggungjawab menyediakan jadual waktu setiap awal tahun dan setiap kali berlaku perubahan keluar masuk guru, aku sudah masak dengan kerenah guru-guru berkaitan jadual waktu ini. Aku sudah lali.

Menyediakan jadual waktu sekolah beberapa tahun-tahun kebelakangan ini dikira mudah kerana adanya bantuan komputer dan software-software yang berkaitan dengan jadual waktu. Lama sebelum itu membina jadual secara manual menjadi amalan. Setiap guru diwakili oleh cip berwarna dengan bentuk-bentuk tertentu. Cip-cip tersebut disusun di papan yang berpaku dengan memastikan tidak berlaku pertindihan waktu. Untuk menyiapkan jadual, mengambil masa lebih satu minggu.

Dalam penyediaan jadual waktu, untuk memuaskan hati semua pihak tidak mungkin dapat aku lakukan. Arahan daripada pihak pentadbiran berkaitan jadual waktu pun kadang-kadang aku abaikan atas sebab-sebab tertentu.

Untuk kawan-kawan seperjuangan, Selamat mengajar dan mendidik anak bangsa.

1 comment:

  1. ni nak belajar dari haji mcm mana comment box boleh automatik ada after this entry???

    ReplyDelete