Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Wednesday, October 5, 2011

Apabila Anak Sambung Belajar ...

Anakku Khaliq, yang sedang belajar dalam urusan undang-undang di UiTM menelefon ke rumah. Dari nada suaranya, nyata dia sedih kerana tidak berjaya mendapat biasiswa JPA, sedangkan rakan-rakannya yang "pointer" program asasi mereka lebih rendah daripada apa yang diperolehmya, berjaya mendapat biasiswa itu. PTPTN pula seperti melepaskan batuk di tangga sahaja apabila hanya menawarkan  bantuan RM 3000 sepanjang pengajian. Jika sebanyak itu daripada PTPTN, tak payahlah. Kalau RM 3000 satu semester, itu lebih munasabah.

Selain biasiswa JPA, Khaliq juga memohon pinjaman daripada ANGKASA. Keputusan akan diketahui dalam seminggu dua ini. Jika itu pun tak dapat parah juga rasanya. Bayaran yuran pengajian di UiTM tidaklah begitu tinggi sebenarnya, tanpa bantuan pun, insya-Allah aku mampu membiayainya tetapi belanja makan minum, buku, tambang, berat juga rasanya jika hanya bergantung kepada wang gajiku dan ibunya semata-mata. Paling tidak pun RM 700 sebulan perlu disediakan untuknya.

Belum habis memikirkan pembiayaan Khaliq, tup-tup, abangnya Qayyum pula, menyatakan dia juga ingin menyambung pelajaran perakuanan ke peringkat ijazah, dan tawaran sudah pun diterima dari UniKL.. Yuran keseleruhuan pengajiannanya, RM 40000. Itu belum masuk wang poket, buku, tambang dan lain-lain. Menurut pihak UNiKL pinjaman akan disediakan. Aku harap Qayyum akan berjaya mendapat pinjaman itu nanti. Kalau tidak nahaslah aku... Mana nak dicekih (Perak = cari) duit yang mencukupi buat belanja dua beradik itu nanti.

Amira pula akan menduduki peperiksaan SPM 2011 tidak lama lagi. Tahun depan insya-Allah, (jika keputusannya baik) pastilah dia juga akan mengikut jejak langkah abang-abangnya... Baru aku sedar, beginilah kegetiran yang dialami oleh para ibu bapa yang berhempas pulas menyediakan perbelanjaan untuk anak-anak mereka yang sedang belajar di IPTA/IPTS. Seperti juga ibu bapa yang lain, aku dan isteri akan tetap melakukan yang terbaik untuk masa depan anak-anak.







2 comments:

  1. salam..cikgu Nazri.....samalah kita bila anak2 masuk universiti......pening kepala bila berfikir pasal duit.....tapi alhamdulillah....nasib yg sulung dapat PTPTN, dan yang dua orang lagi adik dia dapat JPA....taklah pening sangat......

    ReplyDelete
  2. salam...benarla kata2 ckgu...ibu bapa sanggup buat yg terbaik demi anak-anak...sbg seorang anak, mungkin kami tidak merasa kesusahan yg ibu bapa kami lalui...insyaAllah dengan kejayaan kami nnti mungkin sedikit sbyk dapat membalas jasa dan mengembirakan org tua kami...semoga kejayaan terus menyinari kami...insyaAllah....

    ReplyDelete