Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Saturday, February 28, 2009

Cikgu dan Muridnya

Ini tahun yang ke-25 aku bertugas sebagai guru. Seperti juga guru-guru yang lain, sudah beribu-ribu generasi pelapis menjadi anak didikku. Ada yang menjadi 'manusia' dan ada yang menjadi 'separuh manusia'. Ada yang telah menjadi VVIP, ada yang jadi cikgu-cikgi, ada yang jadi pemandu lori dan jadi macam-macam lagi. Ada yang hidup di dalam negara, tak kurang pula di luar negara dan ada juga sudah tinggal di alam yang berbeza. Hanya doa sang guru agar murid-muridnya berjaya mengharungi 1001 dalam cabaran kehidupan.


Masih ada bekas anak murid yang masih mahu menegur, malah mencium tangan ketika berjabat salam semasa memperkenalkan diri masing-masing. Sebagai orang yang lebih tua, aku akan menyelitkan beberapa nasihat sebagai panduan untuk mereka.

Baru-baru ini aku bertemu dengan seorang daripada mereka. Aku senaraikan deretan soalannya kepadaku:

  1. still mengajar di SMK Sungkai lagika? Ayo, banyak lama sudah.
  2. Sudah jadi pengetua ka cikgu?
  3. Lama lagi ka cikgu? (lama apa tu? Hidup atau berkhidmat? aku meminta penjelasan, diiringi derai ketawanya)

Cikgu ada kenal satu student Form 5, nama dia si polan si polan? Mengapa?, aku bertanya. Ayo cikgu, anak sayalah itu! hampir menjerit dia. Serentak dengan itu aku berasa aku bertambah tua.

3 comments:

  1. cari cari orang BIDOR jumpa orang sungkai...so, ingatkan nak bertukar pendapat dan menyiasat sendiri apa yang dah jadi kat negeri TEMAN...please response to this coment ya bro...

    ReplyDelete
  2. terimakasih cikgu sebab response cikgu kat blog saya...orang jalan paku rupanya...saya kampung chegar...kat jalan paku tu ramai saudara saya...boleh katakan semua...

    ReplyDelete
  3. salam cikgu, mungkin cikgu dah tak ingat saya, tapi setiap guru yang memberi ilmu kepada saya, saya tak lupa,mintak halal ilmu yang cikgu bagi,nama saya salahoddin b jaki,ex student smkdp asal johor,pelajar yayasan serawak,mungkin masa kita bersama agak pendek tapi dua tahun mengenali cikgu membuatkan sya dan kawan2 lain dari menjadi lebih tabah untuk menjalani kehidupan diperantauan
    sekarang saya bekerja sendiri,kontraktor kelas a, eng. by profession. jika cikgu masih contack cikgu rosli,cikgu suhaimi and others sampaikan salam saya, jasa cikgu akan saya kenang, even to my kids pun saya ceritakan perjalanan hidup saya ni, cikgu nampak tua sekarang,tapi maintain macho.

    saya doakan cikgu sentiasa sihat walafiat dan saya harap ini bukan yang terakhir saya dengar dari cikgu, keep writing, saya suka cikgu menulis, kenangan lama itu yang menjadikan kita seperti sekarang ini.
    Salam cikgu!

    ReplyDelete