Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Tuesday, October 3, 2017

Beli Online, Bayar Online..

Senangkan sekarang ni.. banyak urusan dilakukan secara online / di atas talian.. bayar bil api, bil air, bil-bil telefon, broadband, streamyx, hutang kereta, pelaburan, simpanan, pindahan wang dan sebagainya. Anak telefon.. ayah duit habis.. nah.. ayah pun transfer.. diakhiri dgn enter atau click saja, urusan pun selesai. Lepas gaji, klik bayar, klik bayar.. tak sampai 15 minit, bil dan hutang bulanan kereta, kad kredit dll selesai dibayar.. Habis beribu-ribu. Jimat masa.

Sedihnya, ada kawan-kawan bertanya, eh tak takut ke nanti duit tu hilang begitu saja. tak masuk ke tempat yang sepatutnya?
Jika anda takut begitu, beraturlah di pejabat pos dan bank-bank berkenaan seperti selalu. Aku lebih suka online sahaja. Begitulah aku menjawab.

Hendak membeli barang2 pun sekarang ni, beli sahaja secara online.. Kadang-kadang lebih murah pula berbanding dibeli di kedai-kedai biasa. Selama ini aku lebih suka membeli alat-alat kereta secara online terutamanya melalui ebay. Tapi sekarangnya duit kita nilainya telah jatuh menyebabkan harga alat-alat ganti itu lebih mahal. Namun lebih murah berbanding dengan pembelian di kedai alat ganti kereta di Bidor ni. Aku pernah membeli "spoiler" belakang untuk kuda tuaku.. aku beli dari ebay Latvia. Siap dicat dengan warna kereta, baru nilainya RM 180.00. Selain Latvia aku turut membeli alat-alat ganti secara online dari California, Hong Kong, Beijing. Setakat ini semuanya berjalan lancar. Aku memperoleh pesananku dalam tempah satu hingga dua minggu. 

Kat Lazada, selain begitu banyak pilihan barangan,  alat-alat ganti kereta pun banyak ditawarkan sekarang ni... cuma agak terhad kepada model-model tertentu. Selain ebay dan Lazada, selalu juga aku "bermain-main" dengan Mudah.my dan Lelong.com.

No comments:

Post a Comment