Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Tuesday, October 3, 2017

Tahi Kambing...

Baru-baru ni aku beli baja yang diperbuat daripada tahi kambing untuk membajai pokok orkid aku yang kurus kering tak berbaja. Tahi kambing berbutir bulat-bulat, tapi baja tahi kambing berbentuk silinder  sepanjang 2 cm, sebesar jari budak 2 tahun.

Hari ini kerajinan aku datang. Semua pokok menerima setidak-tidaknya sebutir baja tahi kambing yang berbentuk silinder itu. Baunya mengesahkan bahawa ia memang tahi kambing. Dalam tempoh sebulan lagi tentu pokok2 bunga itu menunjukkan perubahan.. lebih subur (atau mati..???).

Dan aku paling pasti yang pokok2 orkid itu tidakk akan mengeluarkan bunga berbentuk tanduk kambing..

No comments:

Post a Comment