Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Tuesday, October 3, 2017

Kenduri.... dan hari ulang tahun kelahiran

1.10.2017 .. (3 hari lepas) kami sekeluarga mengadakan kenduri kesyukuran. Kebetulan tarikh 1.10.2017 merupakan hari ulang tahun kelahiranku yang ke-57. Setelah orang meraikan kami suami isteri yang bersara pada 1.7.2017, kami rasakan kami juga perlu meraikan jiran sekampung dan juga rakan-rakan sekerja sewaktu kami masih berkhidmat. Ada juga yang menegur  kami kerana memilih hari Asyura (10 Muharram 1349H) yang bersamaan tarikh 1.10.2017. Aku diam sahaja.. Tiada kedapatan satu pun nas yang melarang kenduri pada hari tersebut.

Alhamdulillah hampir semua tetamu yang dijemput dapat hadir ke majlis kami itu. Seorang berdua tu mungkin ada hal lain yang lebih penting untuk diselesaikan.

No comments:

Post a Comment