Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Thursday, October 12, 2017

Menyelak Gambar-gambar Sepanjang 2017

Pukul 6.15 petang hari ini seperti 8.00 malam. Kelam dan gelap. Hujan renyai-renyai. Nak keluar rumah pun malas. Jadi aku pun menghidupkan komputer lalu membuka fail-fail gambar yang disimpan dalam cakera keras komputer ini. Saja untuk mengimbau kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan serta kenangan bersama anak-anak didik di tahun-tahun akhir perkhidmatanku. Walaupun waktu-waktu itu tugasku lebih tertumpu bersama guru-guru Tingkatan 6 serta para pelajar Tingkatan 6, tapi aku sama sekali tak mengetepikan hubungan dengan guru-guru akademik bukan Tingkatan 6. Dengan murid-murid arus perdana pun aku tetap bertegur sapa dan menegur apa yang patut.

Setiap gambar tentunya menyimpan cerita dan detik-detik indah di sebaliknya. Detik-detik sedih tak payah dirakam. Simpan sahaja dalam hati. Antara gambar yang sempat diupload..






No comments:

Post a Comment