Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Tuesday, October 3, 2017

Padan Muka Aku..

Apa pasal tapak kaki ni pecah-pecah semula? Aku menggerutu sendirian. Aku pun menayang kembali di kotak fikiran ku untuk mencari apa yang silap...

  •  Hujung bulan Ogos, isteri aku belanja anak-anak (termasuk le lakinya) makan seafood.. aku belasah udang, kerang, sotong..
  • Sejak pencen, selalu juga order tomyam campur, lagi-lagi aku bedal udang, sotong, daging.
  • Minggu lepas, dua tiga kali isteri aku rebus bayam hijau.. aku balun dengan sambal belacan, licin.
  • Minggu lepas, adik aku menyembelih lembu, aku balun rendang daging dan sup tulang lembu.
Aku mula terhenjot-henjot apabila berjalan. Tapak kaki aku merekah di sana-sini. Aku pun teringat kata-kata doktor.. jangan makan seafood, jangan makan daging terutama daging yang baru, kurangkan makan telur... Huish.. aku balun semua doktor oi... padan muka aku..

No comments:

Post a Comment