Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Sunday, October 8, 2017

Durian dah nak gugur

Begitulah kata adikku pagi tadi; merujuk durian di belakang rumah tua pusaka tinggalan ayah dan emak. Aku tinggal dalam jarak 1km dari rumah itu sangat jarang ke belakang tu.. sebab? Kemungkinan ada babi hutan di situ. Aku cukup takut, dan trauma dengan babi hutan kerana aku pernah dikejarnya di kawasan belakang rumah lama itu. Nasib baik babi itu tidak berjaya mencederakan aku kerana aku dapat berselindung di sebalik tunggul pokok kelapa.

Di tanah bahagian belakang rumah itu  terdapat beberapa batang pokok durian, sebatang pokok cempedak, sebatang pokok rambai, 2 rumpun pokok buluh lemang dan beberapa rumpun pokok salak. Tanah itu terpotong dengan tanah bahagian depan oleh parit konkrit berbentuk U. Tanah bahagian depan lebih luas; terdapat rumah dan beberapa batang pokok rambutan, kelapa manggis, mempelam, duku langsat, kekabu dll.


No comments:

Post a Comment