Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Thursday, October 5, 2017

Ragam Kuda Tua II



Inilah kereta tuaku, kereta terpakai kumiliki sejak Februari 2013. BMW, "Banyak Makan Wang", "Banyak Masuk Worksyop". Itulah persepsi orang ramai. Ada juga betulnya. Apa jua kereta perlulah diselenggara kendatipun apa jenama dan modelnya, tambahan pula kereta terpakai yang kini berusia 21 tahun ini. Banyak sudah alat gantinya yang perlu ditukar, aku tukar. Beribu-ribu ringgit dihabiskan untuk aku menggunakan dengan selesa.

Setelah itu ininya diganti, kereta ini masih ada satu penyakit yang sangat sukar diubati, .. injin akan mati apabila masuk saja gear "R" . Injin juga kadangkala akan mati ketika berhenti di lampu isyarat dan ketika membelok ke kanan. Belok ke kiri tak pula dia mati. Apabila kipas radiator berfungsi, injin akan bergegar, kadangkala RPM jatuh dan injin pun mati. Mekanik pun gagal mengatasi masalah ini. Cuma aku tidaklah pergi ke pusat servis BMW; mana nak dicekau duit. Pasti beribu bayarannya. Puas sudah aku membelek forum-forum di internet tentang masalah ini. Melalui forum itu aku tahu ramai di luar sana, di Amerika, di Britain dan lain-lain tempat mengalami masalah ini.

Apakah penyebab RPM nya sekitar 600. Sepatutnya apabila pendingin hawa dihidupkan, paras RPM akan naik. Itu kepakaran jurutera German. Tidak kereta ini, RPM akan jadi sekitar 500. RPM injin kereta ini dikawal oleh komputer. Komputer akan mengekalkan RPM pada 600 ketika "idle". RPM yang rendah menyebabkan injin mudah mati dan bergegar

Geram, marah.. sejak lama dah. Cuma jika aku jual kereta ini, harganya tentu tidak berbaloi dengan apa yang telah aku belanjakan selama ini.

HARI INI, PETANG INI.. setelah kembali mempateri ekzos yang bocor, aku nekad mencari jalan sendiri untuk menaikkan RPM kepada 700, dapat 800 lebih baik. Aku cuba mengikat pedal minyak supaya lebih rapat ke arah lantai, RPM naik tapi komputer akan menyelaraskan kembali kepada 600. Termenung seketika.. bagaimana nak mengatasi "kebijaksanaan" komputer mengawal RPM. Selepas solat asar, minum dulu, aku dapat satu idea, mungkin berkesan.

Aku membuka penutup throttle body (apa bahasa Melayunya?). Di dalam terdapat satu kabel yang mengawal aliran minyak apabila pedal minyak ditekan oleh kaki pemandu. Aku ambil seutas dawai kecil aku gulungkan di hujungnya untuk ia menjadi lebih tegang, sama seperti kita menekan sedikit pedal minyak, sekitar 0.5 cm ke bawah. RPM naik ke 750. Apabila injin dihidup dan dimatikan, ia kekal juga 750. Sudah cukup baik. Apabila pendingin hawa dihidupkan RPMnya turun ke 700. Cukuplah begitu. Aku cuba mengundurkan kereta berkali-kali, injin kekal hidup. Perjalanan pun lancar, tiada lagi menyentap2 pada kotak gear. Membelok ke kanan pun injin tetap hidup.

Wah.. hari ini aku sudah "mengalahkan" jurutera German dan juga mekanik-mekanik yang gagal menaikkan RPM kereta tuaku ini.

Cuma dengan cara yang aku buat ini penggunaan minyak akan lebih sedikit. Biasalah orang Melayu akan selalu memikirkan berapa banyak kereta akan menggunakan minyak dalam satu-satu perjalanan.

Harap-harap pagi esok, apabila injin dihidupkan, komputer tidak akan menurunkan kembali RPM kepada 600, seperti selalu-selalunya.

Kiriman yang berkaitan..
di sini

No comments:

Post a Comment