Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Tuesday, October 3, 2017

Kawalan Kampung... Ada babi melintas..

Pernah aku menulis tentang kawalan kampung..
Kat sini..


Dan akhir-akhir ni sambutan semakin dingin.. sedingin bangkai kucing yang kutanam tempoh hari. Malam ini giliran aku berkawal.. Daripada 10 nama, hanya dua nama sahaja yang mengatakan akan keluar malam ni. Ketua dan setiausaha pun tak ikut keluar berbulan-bulan dah. Dulu bukan main berkempen mereka.. sekarang ni semua telur dah masuk ke dalam..

Hangat-hangat tahi ayam juga rupanya....
Dan rasa-rasanya malam ni akan adakah babi hutan yang melewati pondok kawalan, kerana pagi tadi ada kesan ia mencakar tanah (dengan gigi siungnya) mencari cacing di tanah kosong di sebelah rumahku..??

No comments:

Post a Comment