Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Sunday, October 8, 2017

Cara Mendapat Tempat Parkir Dengan Mudah (?)

Hari ini aku, isteriku Ani, bersama dua anak-anak kami Amira dan Azim ke Ipoh. Adalah saja yang hendak mereka cari. Tempat pertama dituju ialah Pasaraya The Store di Jalan Kampar. Habislah sejam lebih kat situ. Selepas itu kami ke Masjid Negeri, solat zohor.

Seterusnya kami bercadang ke Angsana Mall, untuk makan tengah hari walaupun sudah hampir tiga petang. Hujan. Berpusing-pusing mencari tempat parkir yang terhampir dengan Mall itu, tapi tak dapat. Amira pun berkata, "kawan saya kata kalau nak dapat tempat parkir dengan mudah, baca doa makan". Kami semua ketawa .. ajaran songsang ni,.. Ketika itu ada pula kereta sedang mengundur hendak berlalu pergi, dan aku pun meletakkan kereta di lot parkir itu.

"Kan betul", kata Amirah sambil ketawa.
"Huh.. kebetulan saja tu", balas ku.

Di Angsana Mall (Dulu Greentown Mall) Azim mencari screen protector untuk telefon barunya. Lama juga di sebuah kiosk jualan telefon kerana pekerja kedai itu begitu teliti memasang protector itu. Sambil itu Ani melihat-lihat model telefon yang ada. Akhirnya "tersangkut" pulak dia dengan satu model telefon dari jenama yang biasa didengar. Memadailah untuk kegunaannya berwasap dengan anak-anak dan kawan-kawan serta membaca berita-berita online. Eloklah juga kerana telefon yng digunakannya selama ini sudah layak masuk muzium walaupun dalam keadaan masih elok.

Selesai di Angsana Mall, kami ke Hotel Casuarina di Meru, kerana aku ada sedikit urusan di situ. Hujan. Tempat parkir yang paling hampir dengan pintu hotel penuh, sekali lagi Amira berjenaka menyuruh Azim membaca doa makan. Dalam ketawa itu, kebetulanada pulalah kereta yang keluar dari tempat parkir. Episod memarkir kereta di Angsana Mall berulang.

Kebetulan.

No comments:

Post a Comment