Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Tuesday, October 10, 2017

Ringtone..

Ringtone atau nada dering boleh pilih daripada yang telah tersedia oleh pihak pengeluar telefon, dan boleh saja dengan memuat turun daripada mana-mana penyedia, ada yang free ada yang berbayar. Boleh saja gunakan mana-mana nada dering sebagai audio untuk menandakan masuknya mesej.


Bermacam-macam jenis audio yang digunakan, bunyi katak, budak menangis, bunyi babi pun ada. Dalam format muzik usah ceritalah, beribu-ribu adanya. Terpulanglah kepada cita rasa masing-masing.

Ada juga yang menjadikan audio bacaan ayat-ayat suci al_Quran sebagai nada dering. Aku rasa tak sepatutnya dibuat kerana maksud ayat-ayat suci itu akan menjadi tidak sempurna apabila panggilan telefon dijawab sebelum ayat itu selesai dibaca oleh qari. Ops.. macam ustaz pulak aku ni..

No comments:

Post a Comment