Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Thursday, October 5, 2017

Ragam Kuda Tua ..

2.30 petang tadi aku ke kedai ekzos. Kuda tuaku bunyinya dah macam bunyi motobot. Setelah mendaki penaik ....
"Ayo encik, ada dua tempat bocor"', kata tukang ekzos tu.
"Dua saja ka.. saya ingat lebih", kataku. Memang dah sebulan ekzos tu bocor, hari ini baru ada kerajinan membawa ke "doktor" nya.

Tukang itu pun menghidupkan api gas, mempateri bocor di kotak ekzos di belakang.
"Encik aa.... itu depan punya saya tak berani bukak kasi tampai.. encik pigi mana-mana pomen, suruh dia bukak itu ekzos punya join, taruk gam ekzos punya.. Lain kereta saya berani, ini saya tarak berani ..", katanya.
"Ok..ok', kata ku. Apapun upah menampal yang belakang tu RM 15.00. Bunyi motobot dah kurang, tinggal bunyi lori setengah tan sahaja.
 Esok saja au membawanya ke mekanik yang perkhidmatannya sudah biasa kuminta apabila mana-mana kereta aku atau kereta isteriku memerlukan servis.

No comments:

Post a Comment