Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Monday, October 9, 2017

Lama Tak Ke Tanah Perkuburan ..

Pagi tadi seorang kenalan menghantar mesej wasap mengatakan ibu saudaranya yang dipanggil Mak Yang telah meninggal dunia di Puchong. Jenazah akan disolatkan di Masjid Bidor dan di kebumikan selepas asar di Bidor.

Asar tadi aku pun ke masjid. Jenazah telah pun di letakkan di ruang tengah masjid. Selesai solat asar, jemaah solat jenazah pula. Hujan turun agak lebat juga.

Aku bersama seorang kawan berkereta ke kawasan perkuburan. Lama sudah aku tak pergi ke kawasan perkuburan itu. Aku agak terkejut juga melihatkan kubur-kubur sudah bertambah . Kawasan kosong tinggal sedikit sahaja. Mungkin 5-10 tahun lagi akan penuh semuanya.
Aku mengambil kesempatan melalui jalan  bertar di perkuburan terus ke tepi kubur ayahku, betul2 di tepi jalan itu.Aku tak turun pun dari kereta. Hendak ke kubur emak pula,  hari masih hujan. Hanya doaku kirimkan buat ayah, emak dan yang lain-lain yang telah mendahului kita.

Setelah itu aku mengundurkan kereta untuk beralih pula ke liang yang telah dikorek untuk jenazah Mak Yang. Jenazah telah pun tiba bersama ahli keluarganya. Menjelang pukul 6.00 petang upacara pengebumian pun selesai. Hujan ketika itu masih berterusan.


No comments:

Post a Comment