Mengapa Awan? Mengapa Angin?

- di situ kurakamkan hari-hari semalamku.

Wednesday, October 4, 2017

Ke Klinik Kulit Jaya Tapah..

Pagi tadi jam 9.30 pagi ajak isteri menemankan ke Klinik Jaya Tapah. Agak bertuah hari ini, betul-betul ada lot parkir yang kosong di hadapan klinik itu. Tapah ni payah nak cari lot parkir yang kosong. Belum jam 10.00 pagi lagi. Suara dari dalm klinik bertanya "Pakcik nak jumpa doktor ke.. doktor belum sampai lagi"?
"Tak apalah pakcik tunggu". Sementara itu isteriku dah menyelinap ke kedai elektrik di sebelah klinik itu. Tepat jam 10.00 pagi doktor pun sampai. "Good morning", katanya kepadaku dengan lembut.

Lima minit selepas itu, aku dipanggil masuk bertemu doktor tersebut. Aku pelanggan yang pertama.
"Apa hal Pakcik"? tanyanya.
"Tapak kaki ni doktor, dia pecah-pecah semula"..
Setelah memeriksa, "kali ini saya bagi ubat yang lebih kuat, degil betul penyakit tu," katanya.

Setelah itu aku pun menunggu untuk mengambil ubat. Isteriku masih di kedai sebelah. Setelah ubat diserahkan dan bayaran dibuat isteriku masuk ke klinik itu.."Sudah"?, tanyanya..
"Dah",.. jomlah balik"..

No comments:

Post a Comment